Wanita Di Pentas Dunia

Saya rasa tertarik untuk mengetengahkan tajuk penglibatan wanita dalam bidang politik. Daripada pembacaan saya, boleh dikatakan seluruh dunia hampir dikuasai oleh kaum hawa. Di Malaysia, penglibatan wanita dalam bidang politik merupakan satu perkara yang biasa. Contohnya seperti, Dato’ Azalina Othman, Senator Dato’ Dr. Mashitah, Dato’ Seri Rafidah Aziz, Dato’ Seri Shahrizat dan Dr.Wan Azizah.



Jika kita lihat pada masa kini, Cristina Fernandez de Kirchner adalah calon wanita yang membarisi senarai pemimpin wanita dunia yang menerajui negara masing-masing. Fernandez menjadi pemimpin wanita pertama dan terbaru di Argentina selepas meraih kira-kira 45 peratus undi dalam pilihan raya negara Amerika Latin itu pada Oktober 2007.




Pada pertengahan 2007, calon presiden wanita dari Perancis, Segolene Royala, hampir menewaskan Presiden Perancis sekarang, Nicolas Sarkozy, dalam pilihan raya negara itu, di Jerman, negara kuasa ekonomi utama dalam Kesatuan Eropah (EU),Angela Markel pula sudah menempah kedudukan sebagai Canselor wanita pertama negara itu pada November 2005. Markel menjadi wanita pertama mengepalai Jerman sejak negara itu menjadi negara bangsa moden pada 1871 dan pemimpin termuda Jerman sejak Perang Dunia Kedua.






Penghujung 2007, Hillary Rodham Clinton pula diuar-uarkan bakal menggegarkan kerusi presiden negara nombor satu dunia itu. Hillary, isteri bekas presiden Amerika, Bill Clington dikatakan menjadi calon keagamaan dalam kalangan puak Demokrat selain Barack Obama. Namun benarkah negara Uncle Sam itu akan membiarkan seorang wanita menjad pemimpin nombor satu dunia?? Sekiranya benar, bagaiman seorang wanita kulit putih akan mencorakkan dasar luar negara Amerika Syarikat yang terkenal sebagai ’sherif dunia’ dan memag pro-israel dalam keadaan apa sekalipun. Sama-samalah kita saksikan nanti.





Di rantau Asia Tenggara Presiden Filipina Gloria Macapagal terus memegang tampuk pemerintahan sejak 2001 sehingga kini. Arroyo terus bertahan meskipun beberapa kali menghadapi ancaman digulingkan kuasa yang didalangi tentera serta dakwaan penyelewengan pilihan raya terhadap beliau di samping kes rasuah dikaitkan dengan suami dan ahli keluarganya yang lain.



Dalam senario negara umat Islam, fenomena ini tidak terkecuali. Paling mutakhir ini di Pakistan. Kepulangan bekas Perdana Menteri negara itu, Benazir Bhutto dari buangan selama lapan tahun, memberi harapan baru kepada penyokongnya dari Parti Progresif Pakistan (PPP). Malangnya, kepulangan Benazir yang bermazhab Syi’ah itu, menjelang Hari Raya Aidilfitri 207, tidak disambut dengan bunga api kegembiraan tetapi dengan letupan bom. Kejadian itu bukan sahaja merumitkan krisis politik Pakistan yang semakin tidak keruan akibat ketegaran Presiden Jeneral Pervez Musharraf untuk terus berhelah memegang kuasa, malah mencetuskan tragedi keganasan yang mengorbankan ratusan nyawa dan antara yang terburuk dalam sejarah negara itu.


Pada 2001, jiran kita, Indonesia, negara yang paling ramai umat Islam di sunia, telah memilih seorang wanita menjadi presiden, Megawati Sukarnoputri. Anak bekas Bapa Kemerdekaan Indonesia itu, bagaimanapun hanya mampu bertahan selama kira-kira tiga tahun sahaja. Beliau tewas kepada Susilo Bambang Yudhoyono dalam pilihan raya presiden 2004 selepas dilantik menggantikan presiden sebelumnya, Abdurrahman Wahid yang sarat dengan kontroversi.

Pada pendapat saya, penglibatan wanita dalam bidang politik ini sudah menjadi trend semasa dalam arus perdana politik dunia. Adakah pemimpin wanita akan menjadikan sesebuah negara itu bertambah baik, setaraf dengan lelaki atau lebih buruk? Benarkah fenomena ini juga menggambarkan golongan wanita yang berpendidikan kini menjadi kelompok majoriti yang mengatasi kaum lelaki. Apa sebenarnya yang terjadi dengan dunia kita?? Di sudut lain pula, apabila semakin ramai wanita dinobatkan sebagai pemimpin sesebuah negara, adakah ia sebagai tanda kiamat? Ayuh bersama kita renungkan.

Di manakah kaum lelaki? Mengapakah kaum lelaki kurang mendapat perhatian di pentas politik? Bagi sesiapa yang mempunyai pendapat mengenai tajuk ini, sila kemukakan. Ayuh bersama kita tegakkan dunia Islam!!Wallahua’alam...
(Sumber: Majalah Haluan dan Majalah VISI )

Read Users' Comments (0)