Iman Pelengkap Kehidupan
Mengapa keimanan begitu penting?? Walaupun Allah telah mengurniakan akal kepada kita..namun akal yang Allah berikan itu ada batasnya. Akal adalah terbatas dan tidak mampu merentasi perkara-perkara ghaib. Oleh itu, penggunaan akal semata-mata tidak semestinya dapat menyelesaikan kemaslahatan manusia. Akal manusia juga mudah dipengaruhi oleh keadaan persekitaran dan alam sekeliling seperti hawa nafsu, diri sendiri, kawan, masyarakat, keluarga dan harta benda. Kita ambil contoh yang mudah..sains dan teknologi yang dihasilkan pada zaman sekarang cukup canggih hasil daripada akal yang dikurniakan. Namun ia tidak semestinya memberi sepenuhnya manfaat. Ini kerana orang yang berpengetahuan tinggi tetapi tidak mempunyai ilmu agama secukupnya akan mengalami kerosakan akhlak dan moral. Kadang-kadang mereka menggunakan hasil ciptaan mereka yang canggih itu untuk melakukan kejahatan.
Kita mestilah menjaga kesejahteraan iman kita..tapi camne?? Melalui pembacaan, pemahaman dan penghayatan ayat-ayat suci al-quran dan hadis kita dapat menambahkan iman kita. Al-quran merupakan sebuah kitab yang lengkap tanpa sebarang keraguan. Di dalamnya terdapat banyak hukum-hukum dan penerangan mengenai masalah sepanjang melalui bahtera kehidupan ini. Oleh itu, kita digalakkkan untuk membaca al-quran dan memahami maknanya supaya kita dapat menghayati bait-bait al-quran kalamullah itu.
Banyak cara yang boleh meningkatkan keimanan kita kepada Allah asalkan setiap amal yang akan dilakukan kita mulakan dengan bismillah dan meminta petunjuk dari Allah. Semoga iman kita akan terus berada dalam keadaan sihat sejahtera. Sesungguhnya ubat bagi penyakit iman ialah al-quran. Jadikanlah al-quran sebagai sahabat karib anda.





