Siapa Perancang?? Siapa Penentu??


Setiap yang hidup pasti akan mati..setiap permulaan ada pengakhirannya..setiap yang datang pasti akan pergi...begitulah manusia.

Baru pagi tadi muallim kat sekolah ajar pasal iman. Tapi entah macam mane boleh melencong ke tempat lain. Walaupun kitorang melencong sikit dari buku, tapi apa yg dibincangkan itu ada faedahnya. Kata-kata muallim buat kitorang semua fikir. Macam mane kemalangan boleh berlaku di jalan yang lurus?? Dalam banyak-banyak tempat yang cantik..kenapa gaung juga menjadi pilihan?? Tak mungkin si 'driver' nie saje-saje nak pusing masuk ke gaung..tak mungkin si 'driver' nie saje-saje nak pergi langgar kereta orang lain.

Sebenarnye muallim ajak kitorang fikir bagaimana hebatnye Allah. Kita dah merancang tapi Allah yang akan menentukan. Sehebat mane pun perancangan kita..tapi kalau Allah dah takdirkan benda lain..maka tak jadilah perancangan kita tu.

Minggu nie saje dah dekat 2 kali saya dengar kes kematian di tempat tinggal saya nie. Minggu nie juga saya dapat tengok 3 kemalangan berlaku secara live. Tapi kita seharusnye bersyukur kerana kalau ade kemalangan je..ambulans cepat-cepat datang. Bekalan ubat tak perlu risau..penuh almari. Doktor pun sampai lebih. Peralatan bedah semua cukup. Bekalan darah tak usah khuwatir. Tinggal sedia duit je. Wah, indahnya!!

Tapi saudara-saudara kita di Palestin, jangankan ubat tak cukup..doktor pun tak cukup.. Nak bedah tak de bius-bius. Bukan kejam tapi nak buat camne bekalan ubat tak cukup. Tapi saya cukup kagum dengan diorang. Kenapa?? Walaupun ubat tak de..doktor tak cukup..macam-macam lagilah kekurangannya..tapi mereka ada semangat jihad yang cukup tinggi. Semangat mereka untuk membebaskan Palestin melebihi segalnya. Semangat inilah yang memberi kekuatan untuk terus berjuang menentang zionis laknatullah.

Allah dah menetapkan bahawa Islam akan menang suatu hari nanti. Islam akan bangkit semula. Tapi bukan dengan duduk dan goyang kaki sahaja. Tapi dengan berjihad. Kita cuma boleh merancang bila kita nak serang zionis..nak hancurkan diorang. Jika Allah kata..hancurlah mereka, maka akan hancurlah mereka.

-Semoga Allah terus memberi kekuatan kepada mereka bagi menentang musuh-musuh Islam-

Read Users' Comments (0)

0 Response to "Siapa Perancang?? Siapa Penentu??"