Ghazwatul Fikr



Setiap hari kartun 'spogebob squarepants' akan ditayangkan pada pukul 5.00 ptg di TV9. Walaupun jalan ceritanya 'simple' dan menyeronokkan..namun ada yang tersirat di sebalik kartun ini. Melalui kartun ini, adik saya yang bongsu mula mengenali hari 'Halloween'. Dalam cerita nie juga kita dapat lihat pakaian yang dipakai oleh 'Sandy' si tupai. Wah!!Memang dahsyat. Tupai pun pandai buat lagak seksi. Adik saya kata tupai tak pe kalau pakai pakaian seksi sebab dia tak de akal.



Tu satu. Satu lagi kisah 'danny phantom'..dalam nie memang ketara sangat serangan pemikirannya. Kita boleh tengok camne diorang mengetengahkan hubungan lelaki perempuan yang bukan mahram. Setengah daripada kita anggap perkara ini merupakan perkara biasa dan tak salah jika diselitkan dalam cerita kartun untuk menarik lebih rami penonton. Walaupun ada ibu bapa yang mengetahui bahawa ada adegan-adegan yang sememangnya tidak sesuai dengan anak mereka namun mereka tetap membiarkannya..kenapa?? Kerana mereka menganggap bahawa itu cuma cerita. Namun adakah mereka sedari bahawa dengan adanya kartun seperti itulah yang akan menyebabkan hancurnya masyarakat kita. Kalau kita lihat dalam surat khabar sekarang nie memang banyak mengenai remaja-remaja yang terlibat dengan perkara yang tidak bermoral. Alasannya ibu bapa kurang memberikan perhatian. Namun ada juga yang cukup kasih sayang ibu bapa..tapi mengapa mereka masih terlibat dengan perkara yang tidak bermoral?? Inilah kerja kartun-kartun yang tak berfaedah tu. Seharusnya sejak kecil ibu bapa harus semaikan jiwa anak-anak mereka ini dengan al-quran bukan dengan kartun-kartun yang tidak berfaedah..




Kalau nak cerita pasal kartun-kartun nie memang banyak dan apa yang tersurat disebaliknya. Apa yang dapat kita buat untuk elakkan serangan pemikiran nie??Bersama-sama kita renungkan dan cari jalan keluarnya..kalau dah dapat jalan keluarnya..aplikasikan ia dan kalau boleh tu share la dengan orang.

Read Users' Comments (2)

2 Response to "Ghazwatul Fikr"

  1. mutiara bd, on January 21, 2009 at 10:17 AM said:

    bagus fakhitah. Sebab itulah ana memilih user id ana dalam yahoo dengan nama ini (ghazwatul_fikr).

    Serangan pemikiran ini, hanya boleh di lawan kembali dengan 'serang balik' secara pemikiran juga.

    Maka, jangan jemu menulis dalam blog, kerana ia adalah salah satu dari cara kita untuk menyebarkan pemikiran kita.. Pemikiran umat islam.

    Umat Islam sekarang takut untuk mengakui dirinya orang iSlam. Terasa lebih bangga untuk mengaku diri itu sebagai orang negeri tu, negeri ini atau, profesional itu profesional ini. Jarang sekali kita jumpa orang pertama kali dan menyebut "saya orang Islam".

    Mari kita sama-sama menjadi lebih peka denganserangan pemikiran ini. Ia sememangnya strategi musuh Allah dan musuh Islam untuk merosakkan kita. Sebab, mereka tidak mampu melawan kita secara fizikal kerana sejarah telah benyak membuktikan jumlah orang islam yang sedikit boleh mengalahkan pasukan musuh yang berkali ganda banyak.

    Berhati-hatilah dengan serangan yang kita susah nak nampak..

  2. Fakhitah Ridzuan, on January 22, 2009 at 6:27 PM said:

    terima kasih..idea utk menulis post nie dtg dr adik ana..mmg terkjt bla adk ana kta tupai tak pe pkai seksi2 sbb diorg tak de akal..tp kalau mnusia pkai seksi2 tak soleh..tak bagos..tak sangka bdk kck pun blh penilaian sndri..