Ikhlaskan Diri Kentalkan Hati

Glitter Photos
[Glitterfy.com - *Glitter Photos*]

Untuk mendapatkan sesebuah kejayaan, sebuah pengalaman dan secebis kenangan..kita perlulah berhijrah dan merantau melihat dunia luar. Setiap orang tidak akan kekal di sesuatu tempat. Sama juga seperti hidup ini, tiada yang kekal melainkan Allah S.W.T sahaja. Semua yang hidup akan mati..semua yang bermula pasti berakhir.

Hijrah perlukan pengorbanan dan persiapan yang mantap dari segi rohani, jasmani dan mental. Kita haruslah bersedia untuk menghadapi segala kemungkinan yang bakal dihadapi dan memikirkan jawapan bagi masalah yang bakal dihadapi. Hassan al-Banna pernah berkata: ’Orang Yang cerdik ialah orang yang memikirkan jalan penyelesaian sebelum sesuatu masalah itu berlaku’. Kita mestilah berani mengambil sesuatu tindakan dan memikirkan jalan penyelesaiannya kerana setiap masalah pasti ada jalan keluarnya. Cuma kita perlu mencarinya dengan menggunakan nikmat kurnia Allah.

Selain mencari jalan penyelesaian yang bakal dihadapi, kita juga jangan lupa untuk berdoa kepada Allah kerana sesungguhnya apa yang berlaku di dunia ini adalah kerana kuasa Allah. Jika Allah menghendakinya, maka terjadilah perkara itu, jika Allah tidak menghendakinya, maka tidak jadilah perkara itu. Mintalah kepada Allah agar kuatkan hati ini agar tidak terpesong dan berada pada jalan yang diredhai-Nya.

Yang datang mungkin yang lebih baik daripada yang pergi. Macam tu lah orang selalu kata. Harapan kita semua agar Salehuddin Al-Ayyubi yang kedua akan muncul dan membebaskan bumi umat Islam dari cengkaman zionis laknatullah. Untuk menentang zionis ini..tak kira dari segi fizikal atau mentaliti kita mestilah mempersiapkan diri sepenuhnya walaupun kita tidak tahu bila ia akan berlaku. Ikhlaskan diri untuk berjuang kerana Allah..menegakkan deenul-Islam dan kentalkan hati apabila berhadapan dengan masalah-masalah yang medatang. Semoga Allah melindungi kita semua dari anasir-anasir yang jahat.

Read Users' Comments (0)

0 Response to "Ikhlaskan Diri Kentalkan Hati"