Ghazwatul Fikr 2

Sebelum nie kita tengok macam mana orang barat buat serangan pemikiran yang merosakkan kita. Namun adakah kita sedari bahawa masyarakat kita sendiri yang merosakkan kita. Bagaimana masyarakat kita sendiri melakukan serangan pemikiran?? Melalui lakonan..orang Melayu ataupun Orang Islam sendiri yang buat cerita yang mengandungi percintaan, syirik dan macam-macam lagilah. Yang lebih teruk lagi, orang Melayu nie juga lah yang berlakon. Kita sering salahkan serangan pemikiran yang selalu dibuat oleh orang Barat..tapi kenapa tak de sape pun yang nak salahkan masyarakat Melayu kita yang turut melakukan serangan pemikiran dari aspek yang lain. Fikirkanlah!!

Bayangkanlah seorang kanak-kanak yang dibesarkan dengan tunjuk ajar Tv. Waktu kecil tengok kartun siang malam. Bila membesar, tengok cerita Melayu pula..tak pun hindustan. Bila makin besar..makin teringin nak buat macam dalam Tv. Kalau lelaki merempit, kalau perempuan 'couple'.. macam mana sampah masyarakat tak banyak. Kenapa boleh jadi macam nie?? Semuanya berpunca dari Tv.

Tv bukan tak boleh tengok. Tapi kita kena pandai memilih rancangan yang sesuai yang boleh menguatkan keimanan dan ketaqwaan kita kepada Allah bukannye yang mensyirikkan Allah dan melanggar syariat Islam. Tiada siapa yang dapat ubah diri kita melainkan diri kita sendiri. Jika kita inginkan yang terbaik untuk diri kita, lakukanlah dengan sebaiknya..

Read Users' Comments (0)

Ghazwatul Fikr



Setiap hari kartun 'spogebob squarepants' akan ditayangkan pada pukul 5.00 ptg di TV9. Walaupun jalan ceritanya 'simple' dan menyeronokkan..namun ada yang tersirat di sebalik kartun ini. Melalui kartun ini, adik saya yang bongsu mula mengenali hari 'Halloween'. Dalam cerita nie juga kita dapat lihat pakaian yang dipakai oleh 'Sandy' si tupai. Wah!!Memang dahsyat. Tupai pun pandai buat lagak seksi. Adik saya kata tupai tak pe kalau pakai pakaian seksi sebab dia tak de akal.



Tu satu. Satu lagi kisah 'danny phantom'..dalam nie memang ketara sangat serangan pemikirannya. Kita boleh tengok camne diorang mengetengahkan hubungan lelaki perempuan yang bukan mahram. Setengah daripada kita anggap perkara ini merupakan perkara biasa dan tak salah jika diselitkan dalam cerita kartun untuk menarik lebih rami penonton. Walaupun ada ibu bapa yang mengetahui bahawa ada adegan-adegan yang sememangnya tidak sesuai dengan anak mereka namun mereka tetap membiarkannya..kenapa?? Kerana mereka menganggap bahawa itu cuma cerita. Namun adakah mereka sedari bahawa dengan adanya kartun seperti itulah yang akan menyebabkan hancurnya masyarakat kita. Kalau kita lihat dalam surat khabar sekarang nie memang banyak mengenai remaja-remaja yang terlibat dengan perkara yang tidak bermoral. Alasannya ibu bapa kurang memberikan perhatian. Namun ada juga yang cukup kasih sayang ibu bapa..tapi mengapa mereka masih terlibat dengan perkara yang tidak bermoral?? Inilah kerja kartun-kartun yang tak berfaedah tu. Seharusnya sejak kecil ibu bapa harus semaikan jiwa anak-anak mereka ini dengan al-quran bukan dengan kartun-kartun yang tidak berfaedah..




Kalau nak cerita pasal kartun-kartun nie memang banyak dan apa yang tersurat disebaliknya. Apa yang dapat kita buat untuk elakkan serangan pemikiran nie??Bersama-sama kita renungkan dan cari jalan keluarnya..kalau dah dapat jalan keluarnya..aplikasikan ia dan kalau boleh tu share la dengan orang.

Read Users' Comments (2)

Di Manakah Pembela Palestin??

Palestin..
Bumi yang bersih di penuhi darah,
Gara-gara israel yang tidak bermaruah,
Membunuh manusia dengan mudah,
Apakah dosa mereka semua??

Tiada berhati perut si yahudi dunia,
Tidak puas melahap daging umat islam,
Nyawa manusia seakan tiada harga,
Mereka fikir mereka siapa??

Kejahatan yahudi..
Semua dunia sudah tahu,
Tapi.. kenapa semua cuma membisu,
Adakah tiada siapa peduli??
Di manakah nilai kemanusiaan??
Di manakah pembela Palestin??

Malaysia,
Bumi yang aman untuk beribadat,
Sehingga membuatkan manusia alpa,
Tenggelam dengan kemewahan dunia,
Sedangkan saudara mereka,
Bertungkus-lumus menegakkan agama,
Beginikah yang dikatakan saudara??

Di bumi yang aman,
Kanak-kanak masih dengan counter strike,
Namun di bumi Palestin,
Kanak-kanak telah mengenal erti counter strike,
Hilai tawa zaman keanakan,
Diganti dengan jerit perih perjuangan

Bilakah segalanya akan berakhir??
Dan kedamaian akan muncul kembali,
Persoalan yang tidak terjawab oleh semua,
Namun semuanya itu bukan mustahil...

* Inilah puisi ciptaan saya sendiri masa Program Revolusi Ummah 2008..
* Bersama-sama kita mendoakan saudara kita yang sedang berjihad di jalan Allah.

-Selamatkan Al-aqsa, Bebaskan Gaza, Hancurkan Israel-

Read Users' Comments (0)