Kiamat Sudah Dekat (Part 2)

allah Pictures, Images and Photos




12. KAWAN BAIK DILAYAN KASAR, MANAKALA MUSUH DIBERI LAYANAN BAIK
Yang nie pula cam mana?? Senang cerita kita tak dapat bezakan antara musuh dah kawan baik. Contohnya macam Malaysia la. Kata je negara Islam tapi still lagi buat hubungan dengan US. Katanya kalau tak buat hubungan baik dengan US ekonomi akan merudumlah..itulah..inilah..an so on. Tetapi sebenarnya, rezeki tu kat tangan Allah. Kalau Allah ak bagi..Allah akan bagi.


13. DOSA DIPANDANG RINGAN MALAH BANGGA MELAKUKANNYA
Selalu kita tengok remaja zaman sekarang selalu terlibat dengan hal-hal yang tak bermoral. Contohnya, menghisap ganja dan dadah. Bagi mereka yang dah terlibat rasa best sangat dan rasa sayang nak tinggalkan tabiat yang haram tu. yang dahsyat nye..siap ajak kawan dia sekali buat benda haram tu. Nielah masalah zaman sekarang, kalau nak buat baik rasa malu tapi kalau buat jahat BANGGA rasanya.

14. MASJID DIHIAS INDAH TETAPI KOSONG, TERPULAU, BERKUNCI DAN BANYAK BERLAKU KECURIAN BARANG MASJID YANG BERHARGA
Yang nie selalu sangat berlaku. Masjid makin banyak dibina tapi banyak yang kosong. Ada sesetengah masjid yang kunci kalau hari cuti panjang dengan alasan takut barang masjid kena curi. Dalam banyak-banyak tempat, kenapa masjid jadi tempat untuk diorang curi duit?? Itu rumah Allah..tak malu ke buat camtu? Kenapa diorang tak kutip duit yang ada kat dalam wishing well kat Kota A Famosa tu? banyak duit dalam tu..Kenapa masjid gak yang jadi sasaran??

15. RAMAI YANG SEMBAHYANG TETAPI MUNAFIK DAN BERPURA-PURA
Sekarang nie semua tengah mengejar kekayaan, pangkat dan kemewahan dunia. Hanya yang beriman sahaja sentiasa zuhud dan bersyukur dengan apa yang ada. Dala mendapatkan apa yang diigini, mereka sanggup buat apa sahaja temasuk bermain-main dalam melakukan suruhan agama. Kemewahan didunia ini hanya sementara, tetapi pahala di dunia menamin kebahagiaan di akhirat. Fikirkanlah..yang mana pilihan kita. Kebahgiaan di dunia atau di akhirat??

16. AKAN DATANG GOLONGAN MANUSIA DARI BARAT MENGUASAI MEREKA YANG LEMAH IMAN DAN RAMAI YANG TERPENGARUH
Serangan dari Barat bermula dari zaman kejatuhan Islam lagi. Sejak zaman tu ada saja serangan demi serangan yang di buat untuk menghancurkan umat Islam. Lagu-lagu, makanan, pakaian dan macam-macam lagilah yang diorang buat untuk lemahkan ekonomi umat Islam. Kita yang duk kat Malaysia turut menyokong ekonomi mereka..dan pada masa yang sama kita duk tolong Gaza. Tapi siapa yang kita tolong lebih banyak??


17. AMALAN RIBA BERLELUASA SEHINGGA ORANG ALIM TERJEBAK SAMA


18. AL-QURAN DICETAK DENGAN INDAH TETAPI HANYA DIJADIKAN PERHIASAN


19. DARAH MANUSIA TIDAK BERHARGA, SERING BERLAKU PEMBUNUHAN, PEPERANGAN DAN JENAYAH



20. PENGANUT ISLAM TIDAK MAHU MENGAMALKAN SURUHAN AGAMA DAN TIDAK MAHU MEMBELA SERTA MENYEBARNYA
Kalau orang Islam sendiri tak nak mengaku Islam..camne orang lain nak masuk Islam?? Orang-orang yang bukan Islam mungkin dah terbuka hati nak masuk Islam, tapi bila tengok balik penganut-penganut agama Islam yang tak kuat man nie..terus diorang tak jadi nak masuk. Better diorang ngan agama diorang je..tu lah masalahnya sekarang..

21. AKAN BERTAMBAH BANYAK PENYANYI WANITA
Akademi Fantasia, Malaysian Idol, Bintang Kecil, One In A Million and so on..ramai lagi peserta wanita dari peserta lelaki kan??

22. RAMAI ORANG KAYA YANG PERGI UMRAH DAN HAJI UNTUK MELANCONG, YANG SEDERHANA PERGI UNTUK BERNIAGA DAN YANG MISKIN PERGI UNTUK MEMINTA SEDEKAH
Kalau mak ayah sapa-sapa gi haji mesti bawa balik banyak barang kan?? Cuba kita tengok pada barang yang mak ayah kita beli..semuanya memang dari Mekah..tapi bukan dibuat di sana tapi di jual di sana sahaja. Kat sana kalau musim haji ramai peminta sedekah akan datang. Sengaja ambil kesempatan. Yang orang-orang kaya pula kalau gi haji masuk akhbar..buat kenduri besar-besar bila balik. Saja nak tunjuk kat orang..

Read Users' Comments (0)

22 Tanda Kiamat Makin Hampir (Part 1)

Rasanya sudah lama benar saya tidak mencoretkan kisah kehidupan saya. Dalam sebulan inilah saya banyak berfikir, merenung kembali perjalanan hidup saya. Sudah banyak suka dan duka, pahit dan manis serta pelbagai benda yang lain. Sudah 15 tahun saya berpijak di bumi ini. Dalam 15 tahun inilah, saya mempelajari banyak perkara. Bila difikirkan semula, saya yang baru 15 tahun di bumi ini sudah mudah menyerah..bagaimana pula dengan bumi yang sudah beribu-ribu tahun menanggung manusia di perutnya. Bumi tidak pernah mengeluh dan menjalankan tugasnya mengikut arahan Allah. Tetapi..manusia-manusia yang tidak berperikemanusiaan inilah yang merosakkan bumi ini dengan pencemaran dan maksiat. Jika kita berada di tempat Bumi..apa yang akan kita lakukan??

Point utama saya pada post kali ini adalah mengenai kiamat. Seperti yang ustaz dan ustazah selalu kata...tak lama lagi dah nak kiamat. Tapi bila? Hanya Allah sahaja yang mengetahui. Jom kita teropong apa tanda-tanda kiamat semakin hampir..

1. SEMBAHYANG DIABAIKAN
Benda nie dah jadi pun. Buktinya, sesebuah majlis atau program selalu buat malam. Senang kita ambil contoh yang mudah. Majlis persandingan..zaman sekarang suka buat acara yang diharamkan itu. Dah dapat satu dosa..tambah pula sembahyang diabaikan. Tambah lagi satu dosa. Ok..kalau majlis persandingan selalu mula pukul 8.00 malam kan. Sembahyang maghrib maybe sembahyang kot..majlis persandingan tu bukannye sejam dua jam..tapi sampai pukul 12 malam. Sibuk-sibuk nak kemas..pukul 2 siap la. Sembahyang tak lagi..tapi badan dah penat..so..faham-fahamlah sendiri. Andaikata mereka buat majlis bacaan tahlil ke solat hajat ke malam tu..insya-Allah berkat masjid yang baru diina tu. Nie tak..

2. KEINGINAN NAFSU SYAHWAT DIGALAKKAN DAN DISEBARKAN MELALUI IKLAN, BUKU, GAMBAR, RISALAH ATAU FILEM
Betulke benda nie dah jadi??! Jom kita tengok. Dalam iklan syampu CLEAR perempuan tu paki baju seksi betul. Yang nak ditunjukkan rambut..tapi yang ditayangkan badan. Tak ke benda tu menggalakkan nafsu dan syahwat? Dalam kartun sekarang nie pun ada. Contohnya kartun Barbie tu..sikit-sikit cium ngan prince dia..dalam Cinderella pun sama. Dalam kartun yang berunsurkan hero pun ada adegan seksi.contohnya He-Man..Batman..Spiderman..Ben Ten dan macam-macam lagi lah. Macam mana remaja zaman sekarang tak rosak?? Dari kecil dididik dengan kartun camtu?

3. PENJENAYAH MENJADI PEMIMPIN DAN KEBANYAKKANNYA JAHIL MENGENAI AGAMA DAN BANYAK MEMBERI FATWA YANG MENYESATKAN PENGIKUTNYA
Yang nie mungkin kita tak berapa nampak. Bukan niat untuk menghina sesiapa..tetapi bukankah Sultan tu ketua agama..Tapi cuba tengok sendiri..

4. PERKARA BENAR MENJADI SALAH DAN PERKARA SALAH MENJADI BENAR. SUKAR UNTUK MEMBEZAKAN PERKARA YANG HALAL DAN HARAM KERANA YANG HARAM DIANGGAP HALAL DAN SEBALIKNYA
Macam mana kita nak bezakan halal dan haram..banyak sangat tiruan. Kadang-kadang saya juga merasa sangsi terhadap halal haram sesuatu benda tu. Tapi.kalu dah ragu-ragu baik jangan beli. Syubhah namanya tu. Kita kecilkan skop kita..kita kaitkan perkara ini dengan kehidupan seharia kita. Dalam Islam adakah sah hubungan percintaan?? Yang nie remaja sekarang tak nampak. Bagi diorang, cinta merupakan elemen yang utama dalam hidup. Kalau cintakan yang Maha Esa tak pe..yang nie cintakan manusia. Cinta-cinta nie datang dari mana?? Dari tv juga. Cerita indonesia yang semakin hari semakin banyak kat tv tu lah yang buat remaja Melayu-Islam ini tertarik untuk bercinta. Budak lelaki nie cukup pandai baca quran, bagi tazkirah.senang nak kata semua ada. Soleh la katakan. Yang perempuannya pula, pakai tudung, pandai dalam bab agama dan solehah. Tapi mengapa dalam kealiman dan kewarakan mereka ini..mereka buat benda yang salah di sisi Islam? Fikirkanlah..

5. BERBOHONG MENJADI SATU KEPERLUAN DALAM HIDUP DAN MENGANGGAP JIKA TIDAK BERBOHONG SUKAR UNTUK HIDUP SENANG
Sikit-sikit bohong sunat. Apa faedahnya. Kemudahan yang Islam bagi kat kita..kita salah guna. Bohong sunat tu untuk perkara yang baik tak oa..tapi janganlah selalu sangat sebab katakan yang benar walaupun pahit adalah lebih baik. Bohong sunat inilah yang merosakkan masyarakat dan agama kita sendiri. Oleh keran itu, islam amat mementingkan percakapan yang benar. Tak baik tipu..Allah Maha Mengetahui segala yang ada di dalam hati dan fikiran kita.

6. ORANG YANG HIDUP MENGIKUT KEHENDAK AGAMA DITINDAS DAN HATI MEREKA SENTIASA MERINTIH KERANA MAKSIAT BERLELUASA KERANA MEREKA TIDAK MAMPU MENCEGAHNYA
Benda nie dah nampak kan?? Takkan kita tak de inisiatif lansung nak bantu diorang nie untuk naikkan semula martabat dan darjat agama Islam?? Islam akan kembali gemilang..tapi kalau semua tak nak ambil tindakkan..sampai bil kita takkan dapat menggemilangkan agama kita..jangankan agama..negara pun dapat.


7. MEMBAYAR ZAKAT DIANGGAP BEBAN
Kita lihat semula mengapa kita diwajibkan bayar zakat?? Untuk bantu orang iskin kan? Andaikata lah suatu hari nanti kita miskin..tak dapat nak asra keluarga kita..zakat tu lah yang akan membantu kita. Kalau kita tak nak bantu orang lain masa susah..dijamin orang lain pun takkan bantu kita masa kita susah. Jika kita nak orang buat baik kat kita..kita kena buat baik kat orang dulu.

8. TURUN HUJAN DI LUAR MUSIMNYA DAN HUJAN TIDAK MEMBERI KEUNTUNGAN KEPADA PENDUDUK DI BUMI
Bila hujan je banjir..setiap tahun rumah-rumah pedalaman di Kelantan dan Terengganu terutamanya akan ditenggelami air. Banjir sebab hujan lebat. Sebenranya Allah turunkan hujan nie untuk suburkan bumi..indahkan bumi..tapi yang jadi sekarang benda lain. Hujan tu bawa banyak bencana kepada kita...selalu masa hujan akan jadi kemalangan. Bukan slah hujan..tapi salah manusia sendiri. Semua yang Allah jadikan itu ada manfaat tapi kita yang rosakkan sendiri. Bila dah jadi baru menyesal. Sebelum nak buat tu tak pernah fikir lansung apa kesannya..bila dah jadi..tak boleh nak buat apa dah.

9. FENOMENA HOMOSEKSUAL
Waktu zaman nabi Lut lagi ada. Sekarang pun ada lagi. Di Amerika, pasangan
lesbian dan gay dibenarkan ada anak angkat cam ibu bapa normal. Bagaimana
benda nie boleh terjadi??

10. PEREMPUAN MENGUSAI LELAKI DENGAN MEMAKAI UBAT GUNA-GUNA, SIHIR DAN AMALAN SYAITAN YANG LAIN
Sekarang nie perempuan sanggup buat apa sahaj untuk dapatkan lelaki. Sebab tu lah ada hadis yang kata orang lelaki yang menolak untuk berzina dinaungi Allah. Allah akan melindungi lelaki yang soleh ini daripada perempuan yang tak solehah nie. Mungkin ubat guna-guna yang diorang bagi tu akan kena pada ekai yang sama spesisi cam diorang gak.


11. ANAK-ANAK MENGINGKARI DAN MENDERHAKAI IBU BAPA
Minta Allah menjauhi perkara-perkara ini daripada kita semua. Siapa yang tak nak dapat syurga. Syurga di bawah tapak kaki ibu..kalau kita jadikan ibu dan ayah cam hamba kita..camne nak masuk syurga?? Semoga kita semua tergolong dalam anak-anak yang soleh dan solehah yang sentiasa menyenangkan hati kedua ibu bapanya. Amin..

Nantikan sambungannya pada post yang akan datang. Cuba kita renungkan kembali..kesebelas-sebelas benda nie ada tak lagi dah berlaku di depan mata kita sendiri??..apakah tindakan kita??

Bersambung...

Read Users' Comments (0)