Kiamat Sudah Dekat (Part 2)

allah Pictures, Images and Photos




12. KAWAN BAIK DILAYAN KASAR, MANAKALA MUSUH DIBERI LAYANAN BAIK
Yang nie pula cam mana?? Senang cerita kita tak dapat bezakan antara musuh dah kawan baik. Contohnya macam Malaysia la. Kata je negara Islam tapi still lagi buat hubungan dengan US. Katanya kalau tak buat hubungan baik dengan US ekonomi akan merudumlah..itulah..inilah..an so on. Tetapi sebenarnya, rezeki tu kat tangan Allah. Kalau Allah ak bagi..Allah akan bagi.


13. DOSA DIPANDANG RINGAN MALAH BANGGA MELAKUKANNYA
Selalu kita tengok remaja zaman sekarang selalu terlibat dengan hal-hal yang tak bermoral. Contohnya, menghisap ganja dan dadah. Bagi mereka yang dah terlibat rasa best sangat dan rasa sayang nak tinggalkan tabiat yang haram tu. yang dahsyat nye..siap ajak kawan dia sekali buat benda haram tu. Nielah masalah zaman sekarang, kalau nak buat baik rasa malu tapi kalau buat jahat BANGGA rasanya.

14. MASJID DIHIAS INDAH TETAPI KOSONG, TERPULAU, BERKUNCI DAN BANYAK BERLAKU KECURIAN BARANG MASJID YANG BERHARGA
Yang nie selalu sangat berlaku. Masjid makin banyak dibina tapi banyak yang kosong. Ada sesetengah masjid yang kunci kalau hari cuti panjang dengan alasan takut barang masjid kena curi. Dalam banyak-banyak tempat, kenapa masjid jadi tempat untuk diorang curi duit?? Itu rumah Allah..tak malu ke buat camtu? Kenapa diorang tak kutip duit yang ada kat dalam wishing well kat Kota A Famosa tu? banyak duit dalam tu..Kenapa masjid gak yang jadi sasaran??

15. RAMAI YANG SEMBAHYANG TETAPI MUNAFIK DAN BERPURA-PURA
Sekarang nie semua tengah mengejar kekayaan, pangkat dan kemewahan dunia. Hanya yang beriman sahaja sentiasa zuhud dan bersyukur dengan apa yang ada. Dala mendapatkan apa yang diigini, mereka sanggup buat apa sahaja temasuk bermain-main dalam melakukan suruhan agama. Kemewahan didunia ini hanya sementara, tetapi pahala di dunia menamin kebahagiaan di akhirat. Fikirkanlah..yang mana pilihan kita. Kebahgiaan di dunia atau di akhirat??

16. AKAN DATANG GOLONGAN MANUSIA DARI BARAT MENGUASAI MEREKA YANG LEMAH IMAN DAN RAMAI YANG TERPENGARUH
Serangan dari Barat bermula dari zaman kejatuhan Islam lagi. Sejak zaman tu ada saja serangan demi serangan yang di buat untuk menghancurkan umat Islam. Lagu-lagu, makanan, pakaian dan macam-macam lagilah yang diorang buat untuk lemahkan ekonomi umat Islam. Kita yang duk kat Malaysia turut menyokong ekonomi mereka..dan pada masa yang sama kita duk tolong Gaza. Tapi siapa yang kita tolong lebih banyak??


17. AMALAN RIBA BERLELUASA SEHINGGA ORANG ALIM TERJEBAK SAMA


18. AL-QURAN DICETAK DENGAN INDAH TETAPI HANYA DIJADIKAN PERHIASAN


19. DARAH MANUSIA TIDAK BERHARGA, SERING BERLAKU PEMBUNUHAN, PEPERANGAN DAN JENAYAH



20. PENGANUT ISLAM TIDAK MAHU MENGAMALKAN SURUHAN AGAMA DAN TIDAK MAHU MEMBELA SERTA MENYEBARNYA
Kalau orang Islam sendiri tak nak mengaku Islam..camne orang lain nak masuk Islam?? Orang-orang yang bukan Islam mungkin dah terbuka hati nak masuk Islam, tapi bila tengok balik penganut-penganut agama Islam yang tak kuat man nie..terus diorang tak jadi nak masuk. Better diorang ngan agama diorang je..tu lah masalahnya sekarang..

21. AKAN BERTAMBAH BANYAK PENYANYI WANITA
Akademi Fantasia, Malaysian Idol, Bintang Kecil, One In A Million and so on..ramai lagi peserta wanita dari peserta lelaki kan??

22. RAMAI ORANG KAYA YANG PERGI UMRAH DAN HAJI UNTUK MELANCONG, YANG SEDERHANA PERGI UNTUK BERNIAGA DAN YANG MISKIN PERGI UNTUK MEMINTA SEDEKAH
Kalau mak ayah sapa-sapa gi haji mesti bawa balik banyak barang kan?? Cuba kita tengok pada barang yang mak ayah kita beli..semuanya memang dari Mekah..tapi bukan dibuat di sana tapi di jual di sana sahaja. Kat sana kalau musim haji ramai peminta sedekah akan datang. Sengaja ambil kesempatan. Yang orang-orang kaya pula kalau gi haji masuk akhbar..buat kenduri besar-besar bila balik. Saja nak tunjuk kat orang..

Read Users' Comments (0)

0 Response to "Kiamat Sudah Dekat (Part 2)"