Iman Pelengkap Kehidupan

Dalam post yang sebelum nie saya membicarakan mengenai iman. Dalam post kali nie kita akan tengok betapa pentingnya kesejahteraan iman. Setiap manusia di dunia ini dikurniakan nafsu dan akal..tidak ada yang terkecuali. Dengan akal manusia boleh berfikir untuk berusaha mendapatkan keperluan hidup seperti makanan, pakaian dan tempat tinggal. Nafsu pula sering mendorong manusia untuk melakukan perbuatan salah. Sebab itu lah setiap manusia tidak terkecuali dari dosa dan kesalahan. Oleh itu, segala keinginan nafsu hendaklah dipertimbangkan dengan akal. Namun begitu, dengan akal sahaja ia tidak dapat menjamin kebahagiaan dan kesejahteraan hidup..maka manusia memerlukan keimanan kepada Allah, Tuhan Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Mengapa keimanan begitu penting?? Walaupun Allah telah mengurniakan akal kepada kita..namun akal yang Allah berikan itu ada batasnya. Akal adalah terbatas dan tidak mampu merentasi perkara-perkara ghaib. Oleh itu, penggunaan akal semata-mata tidak semestinya dapat menyelesaikan kemaslahatan manusia. Akal manusia juga mudah dipengaruhi oleh keadaan persekitaran dan alam sekeliling seperti hawa nafsu, diri sendiri, kawan, masyarakat, keluarga dan harta benda. Kita ambil contoh yang mudah..sains dan teknologi yang dihasilkan pada zaman sekarang cukup canggih hasil daripada akal yang dikurniakan. Namun ia tidak semestinya memberi sepenuhnya manfaat. Ini kerana orang yang berpengetahuan tinggi tetapi tidak mempunyai ilmu agama secukupnya akan mengalami kerosakan akhlak dan moral. Kadang-kadang mereka menggunakan hasil ciptaan mereka yang canggih itu untuk melakukan kejahatan.

Kita mestilah menjaga kesejahteraan iman kita..tapi camne?? Melalui pembacaan, pemahaman dan penghayatan ayat-ayat suci al-quran dan hadis kita dapat menambahkan iman kita. Al-quran merupakan sebuah kitab yang lengkap tanpa sebarang keraguan. Di dalamnya terdapat banyak hukum-hukum dan penerangan mengenai masalah sepanjang melalui bahtera kehidupan ini. Oleh itu, kita digalakkkan untuk membaca al-quran dan memahami maknanya supaya kita dapat menghayati bait-bait al-quran kalamullah itu.

Banyak cara yang boleh meningkatkan keimanan kita kepada Allah asalkan setiap amal yang akan dilakukan kita mulakan dengan bismillah dan meminta petunjuk dari Allah. Semoga iman kita akan terus berada dalam keadaan sihat sejahtera. Sesungguhnya ubat bagi penyakit iman ialah al-quran. Jadikanlah al-quran sebagai sahabat karib anda.

Read Users' Comments (0)

Apa Khabar Iman Anda??

Glitter Words




Pernahkah sahabat anda bertanya mengenai iman anda setiap hari?? Atau setiap kali kamu berjumpa?? Jarang sekalikan. Jika kita lihat remaja masa kini..setiap kali berjumpa..ada saja perkara yang dibincangkan. Tapi pernahkah kawan-kawan kita bertanya mengenai iman kita?? Adakah hari ini iman kita berada dalam keadaan sihat sejahtera??

Kita selalu inginkan yang terbaik untuk diri kita. Kita sentiasa ingin mengejar pahala yang akan memberatkan timbangan kita semasa dihisab kelak. Iman merupakan satu benda yang tidak dapat dilihat..namun kekuatan dan kelemahannya dapat dilihat. Orang selau kata..don't judge a book by its cover. Tapi bagi pendapat saya, luaran itu menggambarkan siapa sebenarnya diri kita. Yang dimaksudkan luaran itu bukan dari segi fizikal kita, tapi dari aspek akhlak dan sahsiah kita.

Setiap perkara mesti dilakukan secara istiqamah. Macam tu juga dengan iman kita. Kita seharusnya memperbaharui iman kita dengan istiqamahnya..bukan kalau ingat buat..kalau lupa tinggal. Kita seharusnya istiqamah memperbaharui iman seperti mana kita menjaga sesuatu yang kita sayang. Contohnya, bagi ibu-ibu yang suka berkebun..pokok-pokok yang dihadapan rumah kelihatan hijau menawan..tenang rasanya apabila melihat. Macam tu jugalah dengan iman kita. Jika dipelihara dan dibaja dengan baik..maka iman kita menjadi lebih baik.

Jagalah iman seperti benda yang kita sayangi. Untuk menjaganya cukup payah..namun segala keringat yang dicurahkan untuk menjaga iman kita akan memberi jaminan kepada kita untuk tidak hanyut dalam arus keduniaan dan sentiasa dibawah keredhaan-Nya. Amalkanlah sifat untuk selalu bertanya khabar..khabar bukan sebarang khabar..tapi khabar mengenai iman. Bukan susah untuk bertanya khabar. Jadi..muhasabah balik..bagaimana iman anda hari nie??!

Read Users' Comments (0)

Ikhlaskan Diri Kentalkan Hati

Glitter Photos
[Glitterfy.com - *Glitter Photos*]

Untuk mendapatkan sesebuah kejayaan, sebuah pengalaman dan secebis kenangan..kita perlulah berhijrah dan merantau melihat dunia luar. Setiap orang tidak akan kekal di sesuatu tempat. Sama juga seperti hidup ini, tiada yang kekal melainkan Allah S.W.T sahaja. Semua yang hidup akan mati..semua yang bermula pasti berakhir.

Hijrah perlukan pengorbanan dan persiapan yang mantap dari segi rohani, jasmani dan mental. Kita haruslah bersedia untuk menghadapi segala kemungkinan yang bakal dihadapi dan memikirkan jawapan bagi masalah yang bakal dihadapi. Hassan al-Banna pernah berkata: ’Orang Yang cerdik ialah orang yang memikirkan jalan penyelesaian sebelum sesuatu masalah itu berlaku’. Kita mestilah berani mengambil sesuatu tindakan dan memikirkan jalan penyelesaiannya kerana setiap masalah pasti ada jalan keluarnya. Cuma kita perlu mencarinya dengan menggunakan nikmat kurnia Allah.

Selain mencari jalan penyelesaian yang bakal dihadapi, kita juga jangan lupa untuk berdoa kepada Allah kerana sesungguhnya apa yang berlaku di dunia ini adalah kerana kuasa Allah. Jika Allah menghendakinya, maka terjadilah perkara itu, jika Allah tidak menghendakinya, maka tidak jadilah perkara itu. Mintalah kepada Allah agar kuatkan hati ini agar tidak terpesong dan berada pada jalan yang diredhai-Nya.

Yang datang mungkin yang lebih baik daripada yang pergi. Macam tu lah orang selalu kata. Harapan kita semua agar Salehuddin Al-Ayyubi yang kedua akan muncul dan membebaskan bumi umat Islam dari cengkaman zionis laknatullah. Untuk menentang zionis ini..tak kira dari segi fizikal atau mentaliti kita mestilah mempersiapkan diri sepenuhnya walaupun kita tidak tahu bila ia akan berlaku. Ikhlaskan diri untuk berjuang kerana Allah..menegakkan deenul-Islam dan kentalkan hati apabila berhadapan dengan masalah-masalah yang medatang. Semoga Allah melindungi kita semua dari anasir-anasir yang jahat.

Read Users' Comments (0)