Kenali Imam Hassan al-Banna
Imam Hassan al-Banna adalah seorang mujahid politik dan sosial Mesir yang lebih dikenali sebagai pengasas Ikhwan Muslimin.
Imam Hassan al-Banna ialah pengasas Ikhwan Muslimin, pertubuhan pembaharuan Sunnah yang paling besar dan berpengaruh dalam abad ke 20 ini. Ditubuhkan di Mesir pada 1928, Ikhwan Muslimin menjadi pergerakan politik terbesar yang secara terbuka menentang kebangkitan idea-idea barat dan sekular di Timur Tengah. Ikhwan mendapati idea-idea ini adalah punca kepada keruntuhan masyarakat Islam dalam dunia moden ini, dan meyakini bahawa kembali semula ke jalan Islam sebagai penyelesaian terhadap penyakit-penyakit yang telah menimpa masyarakat Islam. Kepimpinan Hassan al-Banna adalah kritikal terhadap perkembangan yang memberangsangkan ke atas Ikhwan sekitar tahun 30an dan 40an. Pada awal tahun 50an, beberapa cawangan Ikhwan telah ditubuhkan di Syria, Sudan dan Jordan. Tidak lama kemudian, pengaruh pergerakan ini dapat dirasai di tempat-tempat sejauh di Teluk dan di negara-negara bukan Arab seperti Iran, Pakistan, Indonesia dan Malaysia. Pemangkin kepada perkembangan ini adalah ketrampilan model pertubuhan ini disemadikan dalam bentuk asalnya seperti yang dipaparkan oleh Ikhwan Mesir, dan kejayaan hasil-hasil penulisan Hassan al-Banna. Diterjemahkan ke dalam beberapa bahasa, hasil-hasil penulisan ini sejak sekian lama telah membentuk generasi-generasi aktivis Sunnah di serata dunia Islam.
Hassan al-Banna telah dilahirkan pada tahun 1906 di Mahmudiyya, Mesir (barat-laut Kairo). Bapanya, Sheikh Ahmad al-Banna, adalah seorang guru masjid dan imam yang dihormati, berpendidikan di Universiti al-Azhar, yang telah bersatu tenaga dan menulis buku-buku tentang tradisi-tradisi orang Islam, dan juga memiliki sebuah kedai di mana beliau membaiki jam dan menjual gramofon. Walaupun Sheikh Ahmad al-Banna dan isterinya memiliki harta, mereka tidaklah kaya dan bertungkus lumus untuk mencukupkan keperluan kehidupan mereka, terutamanya setelah mereka berpindah ke Kairo pada tahun 1924. Seperti kebanyakan orang lain, mereka mendapati bahawa pendidikan Islam dan kealiman/kawarakan tidak lagi dihargai, dan ianya tidak dapat bersaing dengan industri berskala besar di ibu negara.
Apabila Hassan al-Banna berusia 12 tahun, beliau melibatkan diri ke dalam aliran Sufi dan menjadi ahli baru sepenuhnya dalam tahun 1922.
Apabila beliau berusia 13 tahun, Hassan al-Banna berpindah ke Kairo untuk memasuki Kolej Darul ‘Ulum. Kehidupan di pusat bandar menawarkan beliau ruang aktiviti yang luas daripada di luar bandar dan peluang untuk bertemu dengan ulama’ Islam yang muktabar (sesungguhnya, syukurlah di atas kenalan-kenalan bapanya), namun pemikiran dan perasaan beliau amat terganggu dengan kesan-kesan kebaratan yang dilihatnya di sana, khususnya kebangkitan sekularisma dan keruntuhan moral budaya. Empat tahun yang dihabiskannya di Kairo mendedahkan beliau kepada keserabutan politik di ibu negara Mesir pada tahun 20an, dan meningkatkan kesedaran beliau terhadap sejauh mana cara-cara Barat dan sekular telah menembusi keagungan masyarakat. Sejak itulah Hassan al-Banna menjadi asyik dengan apa yang dilihatnya di mana generasi muda semakin hanyut dari Islam. Beliau percaya bahawa perjuangan hati dan minda pemuda akan membuktikan kritikal kepada kelangsungan agama yang telah dikongkong oleh serangan Barat. Semasa belajar di Kairo, beliau mendalami hasil-hasil penulisan pengasas Reformisma Islam (gerakan Salafiah), termasuklah seorang Mesir bernama Muhammad ‘Abduh, yang telah dipelajari oleh ayah Hassan al-Banna sendiri semasa di al-Azhar. Namun, anak murid Muhammad ‘Abduh yang bernama Rashid Rida adalah yang banyak mempengaruhi Hassan al-Banna. Hassan al-Banna adalah pembaca setia Al-Manar, sebuah majalah yang diterbitkan oleh Rashid Rida di Kairo dari tahun 1898 sehinggalah kematian beliau pada tahun 1935. Hassan al-Banna bersependapat dengan kebimbangan utama Rashid Rida tentang keruntuhan tamadun Islam berbanding dengan Barat. Beliau juga percaya bahawa perkembangan ini dapat disekat dan dihapuskan dengan kembali kepada Islam dalam bentuknya yang tulin dan suci, bebas daripada segala bid’ah yang melemahkan kekuatan ajarannya yang asal. Seperti Rashid Rida di akhir hayat beliau – tetapi tidak seperti Muhammad ‘Abduh dan modenis-modenis Islam yang lain – Hassan al-Banna merasakan bahawa bahaya utama kepada kelangsungan Islam dalam zaman moden adalah berpunca daripada kebangkitan idea-idea sekular Barat lebih daripada konservatisma Al-Azhar dan ulama’ (yang dikritik beliau).
Beliau juga berasa kecewa dengan apa yang dilihatnya sebagai suatu kegagalan ulama’ Islam Universiti al-Azhar dalam menyuarakan penentangan mereka terhadap kebangkitan golongan yang tidak percaya kepada kewujudan Tuhan (atheisma) dan pengaruh mubaligh-mubaligh Kristian.
Dalam tahun terakhir di Darul ‘Ulum, beliau menulis bahawa beliau telah membuat keputusan untuk mendedikasikan dirinya sebagai “seorang kaunselor dan seorang guru” kepada orang dewasa dan kanak-kanak, dalam usaha untuk mengajar mereka tentang “objektif agama dan sumber-sumber kebahagiaan dan kesejahteraan dalam kehidupan”. Beliau menamatkan pengajiannya dalam tahun 1972 dan diberi jawatan sebagai guru bahasa Arab di sebuah sekolah rendah di Isma’iliyya, sebuah pekan luar bandar yang terletak di Zon Terusan Suez.
Usaha untuk mengembangkan risalah inilah yang membuatkan Hassan al-Banna melancarkan Ikhwan Muslimin pada tahun 1928. Pada awalnya, pertubuhan ini adalah salah satu daripada beberapa persatuan Islam kecil yang wujud pada ketika itu. Sama seperti yang telah disertai oleh Hassan al-Banna sendiri pada usia 12 tahun, persatuan-persatuan ini bertujuan untuk memupuk kealiman/kewarakan peribadi dan terlibat dalam aktiviti-aktiviti kebajikan. Lewat tahun 30an, Ikhwan Muslimin telah menubuhkan cawangan-cawangan di setiap wilayah Mesir. Sedekad kemudian, ia telah mempunyai 500,000 ahli yang aktif dan ramai penyokong di Mesir, sementara itu, tarikannya kini dapat dirasai di beberapa buah negara. Perkembangan Ikhwan Muslimin diumumkan selepas Hassan al-Banna memindahkan ibu pejabatnya ke Kairo pada tahun 1932. Faktor tunggal paling utama yang menyebabkan perkembangan dramatik ini berlaku adalah kepimpinan tanzim (pertubuhan) dan ideologi yang ditunjukkan oleh Hassan al-Banna.
Di Isma’iliya, di samping kelas pada waktu siangnya, beliau menyempurnakan niatnya untuk memberikan kelas pengajian malam kepada ibu bapa kepada para pelajarnya. Beliau juga berceramah di masjid, malah di kedai-kedai kopi, yang pada ketika itu usaha beliau ini dianggap sebagai suatu yang baru dan dipandang sebagai suatu kepercayaan moral. Pada permulaannya, beberapa pandangan beliau tentang perkara-perkata furu’ dalam Islam telah membawa kepada bantahan daripada golongan elit agama tempatan, dan beliau mengambil pendekatan/polisi mengelakkan sebarang kontroversi agama.
Beliau amat terkejut dengan begitu banyaknya kesan-kesan ketenteraan asing dan dominasi ekonomi yang jelas di Isma’iliyya: kem tentera British, kemudahan awam dimiliki oleh kepentingan-kepentingan asing, dan kediaman-kediaman mewah pekerja-pekerja asing dari Syarikat Terusan Suez, bersebelahan dengan tempat tinggal pekerja-pekerja Mesir yang begitu kotor dan menjelekkan.
Hassan al-Banna dikenali sebagai seorang yang memberikan impak yang besar di dalam pemikiran moden Islam. Beliau berjaya memperkenalkan semula Islam sebagai suatu sistem kehidupan yang syumul, menyediakan contoh yang praktikal dalam pertubuhan Ikhwannya.
Beliau berusaha untuk membawa perubahan yang diharapkan dalam pembangunan institusi, aktivisma berterusan di peringkat akar umbi, dan keyakinan terhadap kominikasi massa. Beliau meneruskan pembinaan sebuah pergerakan massa yang kompleks yang bercirikan struktur kekuasaan yang canggih; seksyen-seksyen yang bertanggungjawab dalam memajukan nilai-nilai masyarakat di kalangan para petani, pekerja-pekerja dan para profesional; unit-unit yang diamanahkan dengan fungsi-fungsi utama, termasuklah mempropagandakan risalah, mengadakan hubungan dengan dunia Islam, dan kewartawanan dan penterjemahan; dan jawatankuasa khas untuk hal-hal kewangan dan hal-hal perundangan.
Dalam usaha untuk menerajui pertubuhan ini ke dalam masyarakat Mesir, Hassan al-Banna dengan mahirnya yakin kepada rangkaian sosial sedia ada, terutamanya yang dibina di sekitar masjid-masjid, pertubuhan-pertubuhan kebajikan Islam dan kumpulan-kumpulan yang berdekatan. Kesatuan hubungan tradisional ke dalam struktur moden yang berbeza dan istimewa ini adalah asas kepada kejayaan beliau. Terikat secara terus dengan pertubuhan Ikhwan ini dan yang menyemai kepada perkembangannya adalah pelbagai bidang perniagaan, klinik dan sekolah. Tambahan pula, ahli-ahli disatukan dalam pergerakan melalui sebuah siri sel-sel, yang jelas diketahui umum sebagai usar (keluarga; kata tunggal: usrah). Sokongan material, sosial dan psikologi yang disediakannya mempengaruhi kemampuan pergerakan ini dalam menjanakan kesetiaan yang tidak berbelah bagi di kalangan ahlinya dan dalam usaha untuk merekrut ahli-ahli baru. Struktur perkhidmatan dan organisasi di sekitaran di mana pertubuhan ini dibina adalah bertujuan untuk membolehkan inidividu-individu menyatupadukan semula ke dalam ruang lingkup Islam yang jelas, dibentuk oleh prinsip-prinsip pertubuhan ini sendiri.
Berakar umbikan Islam, dakwah Hassan al-Banna menangani isu-isu termasuk kolonisma, kesihatan awam, polisi pendidikan, pengurusan sumber-sumber semulajadi, Maksisma, ketidakadilan sosial, nasionalisma Arab, kelemahan dunia Islam dalam senario antarabangsa, dan konflik yang memuncak di Palestin. Dengan menekankan kebimbangan yang dituntutnya ke atas pelbagai lapisan masyarakat, Hassan al-Banna berupaya merekrut daripada masyarakat Mesir – walaupun dari kalangan penjawat awam berpendidikan moden, pekerja-pekerja pejabat, dan profesional yang terus mendominasikan golongan aktivis dan pembuat keputusan bagi pertubuhan ini.
Pada ketika pertubuhan ini berkembang sekitar tahun 1930an, ia dengan pantas berubah daripada sebuah pergerakan yang berbentuk kerohanian dan reformasi moral kepada sebuah organisasi yang aktif secara langsung dalam senario politik Mesir. Serentak dengan transformasi ini, kecenderungan radikal diserapkan dengan sendirinya ke dalam organisasi ini. “Senjata rahsia” (al-jihad al-sirri) dibentuk, yang menjadi jentera kepada siri pembunuhan musuh-musuh Ikhwan.
Di antara tahun 1948 dan 1949, tidak lama selepas Ikhwan menghantar sukarelawannya untuk berjuang di dalam peperangan di Palestin, konflik di antara kekuasaan monarki dan pergerakan ini sampai ke kemuncaknya. Bimbang dengan kekuatan dan populariti Ikhwan, di samping khabar angin yang mengatakan pergerakan ini akan menggulingkan kerajaan, Perdana Menteri Nuqrashi Pasha mengharamkannya pada Disember 1948. Segala harta organisasi ini dirampas dan ramai ahlinya dipenjarakan. Kurang daripada tiga minggu kemudian, perdana menteri tersebut telah dibunuh oleh seorang ahli Ikhwan. Ini sebaliknya disusuli dengan pembunuhan Hassan al-Banna, yang dianggap dilakukan oleh seorang agen kerajaan, pada bulan Februari 1949, pada ketika usianya hanya 43 tahun dan di tahap kemuncak perjuangannya.
Beliau adalah datuk kepada Tariq Ramadhan dan abang kepada Gamal al-Banna.
Terjemahan Oleh : Saujana Hati

0 Response to "Kenali Imam Hassan al-Banna"
Post a Comment