Islam Hanya Pada Nama??!

Pada masa kini semakin ramai remaja yang terlibat dengan aktiviti-aktiviti yang melanggar syariat Islam. Sedangkan apabila ditanya adakah mereka seorang muslim, mereka tanpa segan silu mengaku bahawa mereka adalah muslim. Tapi mengapa mereka melakukan perkara yang melanggar syariat Islam?? Pada pendapat saya, mereka mengaku muslim kerana ibu bapa mereka adalah seorang muslim juga. Jadi mereka tidak dapat merasa keunikan dan keistimewaan Islam yang sebenar. Saya bawakan satu cerita mengenai salah seorang kenalan saya yang turut terlibat dalam aktiviti yang melanggar syariat Islam.

Setiap hari ada saja perkara yang melanggar syariat Islam dilakukannya. Nak kata tak tahu hukumnya..mustahil!! Pagi-pagi pergi sekolah, pakaian semua lengkap dan menutup aurat. Tapi sebaik sahaja waktu persekolahan habis, tudung pun hilang entah ke mana, baju yang tadi longgar jadi ketat. Waktu pergi berseorangan bila balik berdua-duaan. Kalau dengan pasangan sejenis tak kisah..tapi yang nie berlainan jenis nie faham-fahamlah. Ada saja benda yang tak patut berlaku. Kadang-kadang terdetik juga nak tanya..dia nie tak malu ke? Ikut lelaki ke hulu ke hilir.

Saya pernah juga tanya dia...dia nie reti solat tak? Puasa tak? Boleh baca Quran tak? Dia kata dia pandai solat..puasa..dan boleh baca Quran sebab mak dia hantar dia mengaji kat sorang Ustazah belakang rumah. Saya tanya lagi dia nie tahu tak hukum pakai tudung? Apa hukum keluar ngan lelaki malam-malam? Dia kata dia tahu hukumnya. Tapi kenapa dia masih buat benda yang melanggar syariat Islam sedangkan dia tahu hukumnya? Kerana dia tidak dapat memahani Islam yang sebenar. Dia tak tahu kenapa Allah mewajibkan pakai tudung. Mengharamkan ’couple-couple’ nie. Mengharamkan pakai baju yang sendat. Selalunya orang takkan buat kalau diorang tahu sebabnye sesuatu perkara itu diwajibkan dan diharamkan.

So, macam mana kita nak sedarkan orang-orang Islam yang pada nama je nie?

Read Users' Comments (3)

3 Response to "Islam Hanya Pada Nama??!"

  1. mutiara bd, on January 26, 2009 at 5:31 PM said:
    This comment has been removed by the author.
  2. mutiara bd, on January 26, 2009 at 5:33 PM said:

    Masalah orang yang nama sahaja Islam ini memang sentiasa ada di mana-mana. Ana akan jawab mengikut kapasiti yang ana ada dan apa yang ana dah buat.

    Untuk mudahkan penerangan, ana bahagikan orang Islam yang melanggar perintah Allah ini pada dua pecahan: Pertama: Yang Jahil dan tidak tahu, Kedua: Yang Tahu tetapi tidak patuh.

    Bagi golongan yang pertama ini, mudah sahaja untuk kita ingatkan dia jika kena caranya. Sebab dia tahu dia itu jahil dan dia sangat gembira menerima perhatian dari orang yang perihatin dan berilmu..

    Untuk golongan kedua. Ini yang susah sikit kita mahu mengajaknya, kerana dia sudah tahu. Sebelum kita ajak secara terus terang mungkin kita boleh ‘lihat-lihat’ dahulu mengapa dia tidak patuh.. Mungkin atas sebab-sebab tertentu. Jika sebabnya itu boleh kita bantu dan selesaikan, maka teruskanlah menghulurkan bantuan.

    Tetapi jika sebab itu mempunyai penyelesaian yang berada di luar lingkungan kemampuan kita, jangan lah kita paksa diri untuk buat. Kerana Allah hanya mempertanggungjwabkan kita pada apa yang kita mampu lakukan.

    Perkara lain yang kita harus ingat dalam mengajak manusia kepada Allah adalah: Kita hanyalah penyambung tugas Nabi s.a.w dan para sahabat baginda untuk mengingatkan manusia. Sama ada meraka mahu terima atau tidak, bukanlah menjadi tanggungjwab kita. Yang penting kita sentiasa berusaha dan tidak putus asa.

    Jika meraka tidak mahu menerima seruan kita, masih ramai lagi hamba Allah yang memerlukan bantuan dan pimpinan dari kita..

    Allah dan Islam tidak rugi apa-apa jika meraka mengabaikanNya, tetapi merekalah yang rugi kerana mengabaikan..

    p/s: ana nak dengar jugak jawapan dari nt.. ana tahu nt bukan tak tahu jawapannya

  3. Fakhitah Ridzuan, on January 26, 2009 at 8:10 PM said:

    terima kasih atas komen yang diberikan. ana akan berikan jawapan ana dalam post yang akn datang..tunggu ek..nak buat suprise...