Ayuh Bermuhasabah...


Sebelum nak ke artikel yang berkaitan dengan hiburan Islam lagi...apa kata kita sama-sama bermuhasabah seketika bersama. Baca dan berikan jawapan kepada diri anda. Selamat bermuhasabah!!

Sudahkah anda membaca al-Quran hari ini?
Sudahkah anda solat 5 waktu pada waktunya?
Sudahkah anda membaca doa ma’thurat?
Adakah anda telah menyuruh kepada makruf?
Adakah anda telah mencegah kemungkaran?
Adakah anda bangun untuk qiamullail?
Adakah anda sudah solat rawatib?
Sudahkah anda bersedekah?
Adakah anda berusaha untuk memperbaiki diri anda?
Sudahkan anda berpuasa sunat?
Apakah anda sedar, faham dan yakin dengan Islam?
Adakah anda telah membaca sesuatu tentang Islam?
Adakah anda merasa anda dalam pemerhatian Allah SWT?
Adakah anda berazam untuk beristiqamah dengan Islam?
Sudahkah anda cuba untuk menyebarkn fikrah Islam?
Adakah anda telah berdoa hari ini?
Adakah anda mengingatkan diri anda untuk berjihad?
Sudahkah anada menziarahi sahabat, jiran dan komuniti sekitar?
Sudahkah anda menghafal ayat-ayat al-Quran?
Sudahkah anda bersenam?
Adakah anda merasa ‘izzah menjadi seorang muslim?

Sekiranya anda telah melakukan sekadar kemampuan bersyukurlah kepada Allah SWT dan sentiasa memperbaharui azam. Insya-Allah kita sama-sama berusaha untuk mendapatkan keredhaan Allah.

”Cukuplah dirimu sendiri pada hari ini sebagai penghitung terhadap dirimu.” (al-Isra’: Ayat 14)

Read Users' Comments (1)comments

Kewajaran Seni Dan Hiburan Islam (Bahagian 2)


Sememangnya terdapat beberapa genre muzik yang diharamkan oleh Islam. Namun apabila wujud pemikiran yang ekstrem dan tidak boleh menerima semua bentuk seni muzik moden, ia akan menyebabkan kegagalan pemulihan nilai-nilai murni terhadap seni muzik. Karya sastera pendekatan Barat, sebahagiannya adalah amat membosankan dan berbahaya kepada generasi muda khususnya kerana ia terlalu mementingkan cerita dan hiburan. Sastera yang kononnya berteraskan serta berpaksikan semangat nasional dan perpaduan, hakikatnya merupakan satu propaganda atau strategi bagi merosakkan ilmu, akal dan budaya umat Islam secara perlahan-lahan dan terancang.

Seni tidak seharusnya dijadikan alat atau alasan untuk manusia bebas menjalankan sebarang kegiatan berasaskan runtunan hawa nafsu dan kehendak duniawi semata-mata sehingga bertentangan dengan nilai etika dan adab kesusilaan Islam. Alasan kebebasan untuk meluahkan keindahan seni bukannya hujah kukuh untuk memberikan ruang kepada seseorang manusia untuk berbuat apa sahaja. Dr Muhammad Imarah, seorang tokoh pemikir Islam Mesir masa kini menegaskan bahawa seni sepatutnya membawa manfaat kepada manusia, mampu menyucikan dan memperhalus deria kejiwaan serta semangat roh Islam. Ia juga mampu memperkukuhkan rasa keindahan dalam kehidupan yang penuh dengan kenikmatan dan tanggungjawab manusia sebagai khalifah Allah SWT. Itulah seni yang juga merupakan nikmat anugerah Allah SWT kepada umat manusia. Jika seni itu kekufuran, maka bencana atau kesan buruk akan berlaku yang boleh merosakkan umat Islam keseluruhannya.

Raghib al-Uthmani misalnya dalam buku Islam Din Dunya menjelaskan kisah-kisah yang ditonjolkan dalam al-Quran harus diberi perhatian dan diperhalusi sewajarnya. Ia bukan untuk hiburan semata-mata tetapi sebagai satu bentuk pengajaran dan dakawah kerana Allah SWT. Kisah daam Surah al-Baqarah tidak seharusnya berfungsi sebagai cerita masa lampau atau sejarah semata-mata tetapi seharusnya menjadi satu pengajaran atau contoh yang menunjukkan bahawa kesan dan akibat daripada mengingkari Allah serta balasan yang dijanjikan pada hari akhirat kelak.

Sarjana Islam, Lois Lamya al-Faruqi turut menyatakan bahawa kesenian Islam meliputi semua ciptaan yang dihasilkan menerusi kemahiran dan mempunyai nilai estetik. Syed Muhammad Qutb turut menegaskan bahawa seni Islam menjanjikan satu pertemuan antara keindahan dan kebenaran di bumi Allah ini yang bersifat sementara sahaja.

Dalam hal ini, nasyid dilihat telah berjaya mencetuskan fenomena dalam industri hiburan bercorak Islam di negara ini kerana orang Melayu amat memerlukan hiburan yang mempunyai pengisian agama da nilai kerohanian. Namun, pergerakan nasyid pada ketika ini agak statik kerana nasyid tidak banyak mengalami perubahan sedangkan ia telah bertapak sekian lama walaupun tidak dikomersialkan secara meluas. Pandangan supaya nasyid memerlukan perubahan menyeluruh dan tersusun terutamanya dari segi melodi dan gubahan adalah perlu. Khususnya dari segi bawaan lagu yang seharusnya dibawa oleh penyanyi yang memiliki bakat nyanyian unggul dan terserlah bagi menarik lebih ramai peminat dalam kalangan pelbagai generasi khasnya generasi muda di negara ini. Dengan itu, seni Islam dapat memenuhi fungsi penyampaian mesejnya secara telus dan berhikmah supaya dapat diterima oleh golongan sasaran dengan jelas dan memberikan impak yang lebih mendalam dan bermakna.

Penulis lirik berunsur dakwah perlulah memiliki pengetahuan lengkap dalam bidang agama atau sekurang-kurangnya telah mendalami ilmu agama melalui pembacaan, penganalisisan serta pentafsiran buku-buku agama khususnya daripada mereka yang pakar. Hal ini tentunya akan membawa lebih banyak penciptaan mahupun penggubahan lagu yang lebih baik dan berupaya memberi kesedaran dan manfaat demi kesejahteraan dan kebahagiaan umat di negara ini.

Muzik merupakan satu platform khusus bagi mengenali budaya secara lebih jelas kerana ia umpama titik pertengahan yang boleh menemukan semua orang dalam suatu situasi. Apabila wujudnya muzik, ia merupakan medan atau media yang paling penting dan sesuai bagi menyampaikan mesej berbanding dengan ceramah-ceramah agama yang kadangkala tidak menarik minat khusunya dalam kalangan generasi muda. Muzik sebenarnya mampu menjadi penggerak dalam menjayakan hasrat berdakwah dan mengajar ilmu agama melalui penyampaian mesej kepada mereka.

Selagi muzik dibawa dalam apa jua versi dan rentak yang tidak bertentangan dengan Islam dan syariat Islam serta dapat memenuhi kriteria sebagai lagu yang mendorong kebaikan, maka Islam membenarkan umat Islam menikmati muzik malah mereka turut dibenarkan untuk menceburkan diri secara serius dalam bidang muzik demi menjayakan hasrat Islam yang murni. Pendekatan dakwah melalui Islamisasi seni muzik terbahagi kepada dua sandaran utama. Melalui pengiktirafan budaya masyarakat, Islam menerima sebahagian daripada budaya kaum lain yang tidak bercanggah dengan Islam yang boleh dianggap sebagai proses Islamisasi.

Dakwah seni muzik merupakan medan dakwah paling relevan dari dulu sehingga kini. Dakwah menjadi lebih lancar dan segar-bugar dengan adanya unsur-unsur seni muzik yang menyedarkan dan berjaya menarik minat semua golongan. Konsert-konsert nasyid perlulah diperhebatkan di seluruh negara dan mungkin boleh dianjurkan pada sepanjang masa bagi memperkayakan hiburan bercorak alternatif agar seni muzik Islam tidak terhad kepada nasyid sahaja. Sastera Islam perlulah dipraktikkan dalam bentuk hubungan muzakarah kesusasteraan secara terperinci dan meluas supaya ia dapat melahirkan impian murni masyarakat Islam yang ingin melahirkan budaya Islam yang bertamadun.

Kesimpulannya, bagi melahirkan tamadun Islam yang unggul bagi tatapan dan ikutan generasi akan datang maka proses Islamisasi seni Islam perlulah dibuat secara bersungguh-sungguh, bersistematik dan terancang. Peranan pelbagai pihak khususnya daripada golongan penggiat seni, ilmuwan, ulama’ dan umat Islam amnya amatlah diperlukan dalam memberikan idea dan sumbangan minda. Moga seni Islam dari segi praktikalnya selari dengan syariah demi kesinambungan dan kemajuan seni tersebut khususnya dan agama Islam amnya pada masa akan datang.

Akhirnya siap juga artikel ini. Semoga artikel nie berguna untuk kita semua dan membuka minda kita untuk berfikir mengenai hiburan Islam. Hiburan yang macam mana boleh dengar dan mana yang tak boleh dengar. Nantikanlah sambungannya...

Read Users' Comments (0)

Kewajaran Seni Dan Hiburan Islam (Bahagian 1)


Sudah menjadi fitrah manusia sukakan seni dan hiburan, sama ada muzik(nyanyian), tarian lakonan mahupun seni sastera seperti penulisan. Tetapi seni dan hiburan yang bagaimana? Dalam memilih dan menentukan apakah corak seni dan hiburan yang ingin dihasilkan atau yang ingin dinikmati, kita seharusnya peka dengan tuntutan Islam. Seharusnya seni dan hiburan itu selari dengan ajaran Islam, dan bukan bertentangan dengannya seperti filem, drama, tarian, nyanyian, tulisan, lukisan yang datang dari Barat. Nyata sekali unsur-unsur yang adaa padanya bertentangan dengan agama dan budaya ketimuran kita. Walaupun ada yang boleh diterima, namun sebilngan besarnya nyata bertentangan.

Sekiranya kita tidak bijak membuat pilihan, mungkin nasib yang sama akan menimpa industri seni dan hiburan negara ini. Dewasa ini telah ada beberapa filem, drama, nyanyian, tarian dan penulisan yang nyata menimbulkan tanda tanya di kepala kita. Perlukah industri kita berubah ke arah itu? Untuk apa? Bukankah Islam telah menggariskan panduan tentang bagaimana hendak menggunakan seni dan hiburan itu sebagai penyampai iktibar.

Negara sentiasa menitik beratkan usaha-usaha mengembangkan dan memajukan lagi muzik Islam yang berteraskan nilai keislaman. Agenda Islamisasi seni muzik tidak akan berjaya dengan sepenuhnya tanpa sebarang usaha secara intensif dalam kalangan penggiat-penggiat seni di negara ini. Mereka mempunyai kepakaran dan penguasaan ilmu yang tinggi dalam bidang muzik serta lebih memahami kehendak yang bersesuaian dengan Islam. Dunia sastera dan seni Islam masa kini seharusnya menjadi sebagai satu wasilah untuk mencari keredhaan Allah SWT sebelum ia dapat memberikan manfaat dan kesejahteraan dalam kalangan umat.

Islamisasi seni menurut ilmuwan Islam terkenal seperti Syed Muhammad Naquib al-Attas merujuk kepada seni Islam yang seharusnya memainkan peranan utama dalam membebaskan manusia dari tahyul, mitos dan animisme serta pembebasan akal dan bahasa kebangsaan serta budaya daripada pengaruh sekularisme. Pengaruh sekular yang semakin menular menyebabkan seni muzik yang dinikmati bukan bertujuan mencari ketenangan atau pengabdian kepada Allah tetapi untuk tujuan lain yang melalaikan. Misalnya, pengaruh serta percaturan dengan sebahagian daripada sastera dan seni barat boleh membawa kemudaratan khususnya yang boleh menjerumuskan golongan muda mudi Islam di negara ini kepada kekufuran dan kehinaan. Apa yang dibimbangi ialah sastera negara ini jelas memperlihatkan pemikiran-pemikiran yang begitu mendominasi sastera bercorak Barat yang lebih mementingkan keuntungan dan matlamat terselindung disebalik seni.

Lantaran itu, karya sastera seharusnya mengkhusus kepada perkara-perkara seperti karya seni yang berasaskan konsep ilmu yang benar dan selaras dengan kehendak Islam, seterusnya menolak sebarang seni yang berunsur nafsu, seks, picisan dan emosi manusia semata-mata. Dakwaan yang mengatakan karya sastera Melayu terdahulu terlalu bersifat Islam sentrik sehingga tidak dapat dinikmati oleh khalayak bukan Islam menunjukkan satu hujah sekular yang menafikan kesyumulan Islam, dan mengecilkan peranan Islam yang bersifat universal dan rahmat untuk semesta alam.

Al-Quran juga telah menunjukkan betapa penting seni Islam disampaikan selaras dengan lunas-lunas dan landasan agama. Melalui penyampaian ayat-ayat al-Quran yang berbentuk tersurat dan tersirat, segala matlamat bertujuan memberikan pengajaran yang baik, peringatan kepada yang lupa di samping yang paling utama, dakwah kerana Allah SWT yang memerintah alam ini. Aspek ini ditekankan dalam al-Quran sebagaimana misalnya dalam ayat 176 Surah al-A’raf yang bermaksud: ”Maka ceritakanlah (kepada mereka) kisah-kisah itu agar mereka berfikir. ”Bukankah Allah SWT membuktikan kepada umat manusia bahawa ia ialah Pencipta Yang Serba Keindahan. Malah salah satu nama yang tersenarai dalam al-Asma al-Husna ialah al-Badi yang mencipta sesuatu dengan penuh keindahan.”

Seni yang sesuai dengan naluri fitrah manusia dan diharuskan oleh syarak adalah yang mendukung kesucian fitrah. Ia seni yang mampu mencetuskan motivasi dan semangat serta hala tuju hidup masyarakat manusia. Ia turut menajamkan hati nurani dalam mempertingkatkan darjah kerohanian dan seterusnya menjadi pemangkin ke arah pembinaan modal insan yang unggul. Lantaran itu, seni tidak hanya terletak kepada rohnya yang mencerminkan kesucian fitrah kejadian dan kehidupan manusia di muka bumi ini.

*Coretan saya untuk kali ini berakhir di sini. Nantikan rencana kewajaran seni dan hiburan Islam (bahagian 2) dan seni suara manifestasi dendangan syaitan pada masa akan datang. Semoga coretan kali ini membawa manfaat kepada kita semua.

Read Users' Comments (1)comments

Witness Of The Sky


Here I am searching
For some sort of peacefulness
Cause I’m seeing the blue sky
Is merely filled with restless blood
The land entirely lived with
Those culprits and cruelty
Those master of disaster
And head of destruction

I am tired of moving away
Running from a street towards another
Leaving the hardship that will never ends
Running from the torturing atmosphere
I’m hate feeling scared
From those who are not suppose to be
On the top of my on country
We are the one who are suppose to be ruling
The country where we belong to

Here it is
As one of the witness of the beauty sky
Swearing to share the pain
With whom it has to
The blood and tears have to return to its owner
Our is going to free with disgrace
Islam is free from humiliation
Let Islam win
Let mujahid all over the wold united
To battle with jahiliyyah

Until the ends Islam will always win
Until the end also Islam will always remain free

Read Users' Comments (0)

Nasihat Luqman Al- Hakim Kepada Anaknya

Kata Luqman Al-Hakim kepada anaknya :

"Wahai anakku! apabila perutmu penuh dengan makanan (kenyang) maka akan matilah fikiran dan hikmah kebijaksanaan.Semua anggota badanmu akan menjadimalas untuk melakukan ibadah,dan akan hilanglah kebersihan hati dan kehalusannya dimana hati yang bersih itu hanya akan tercapai dengan kelazatan bermunajat(mengahdapi Allah) dan manfaat berzikir (ingat kepada Allah).

"WAhai anakku ! Kalau sewaktu kecil engkau rajin belajar dengan tekun menuntut ilmu sebanyak-banyaknya,maka apabila kamu dewasa kelak (dihari tua) kamu akan memetik buahnya dan kamu akan menikmatinya".

"Wahai anakku ! kamu ikutlah ketika orang membawa jenazah,dan janganlah kamu mengikuti jamuan perkahwinan.Kerana jenazah itu mengingatkan kamu akan kesudaahan dari hidupmu didunia yang fana ini.Sementara majlis perkahwinan akan membangkitkan nafsu berahimu dan ini akan membuatkan kamu merasa bahawa senang dengan kehidupan dunia".

"wahai anakku! aku sudah memikul batu2 yang besar, aku juga sudah mengangkat besi2 yang berat.Tetapi aku tidak pernah merasakan sesuatu yang lebih berat daripada tangan yang buruk perangainya". Wahai anakku! Aku sudah merasakan segala benda2 pahit,tetapi aku belum pernah merasakan sesuatu yang lebih pahit dari kemiskinan dan kehinaan"

"Wahai anakku ! aku sudah pernah mengalami penderitaan dan bermacam-macam kesusahan dan kepayahan, tetapi aku belum pernah mengalami penderitaan yang lebih susah dan lebih payah dari menanggung hutang"

"Wahai anakku! sepanjang hidupku aku hanya dapat memilih kalimah dari pusaka para nabi2 yang lalu, sabda mereka :
1. Apabila engkau mengerjakan sembahyang,beribadah kepada Allah swt, maka jagalah baik2 fikiranmu.
2. Apabila engkau berada dirumah orang lain, hendaklah kamu menjaga matamu (pandangan matamu).
3.Apabila engkau berada ditengah2 majlis,hendaklah kamu menjaga lidahmu (perkataanmu).
4.Apabila engkau hadir dalam jamuan makan,hendaklah kamu menjaga perangaimu.
5.Ingatlah kepada Allah SWT
6.Ingatlah akan mati.
7.Lupakanlah budi baikmu terhadap orang lain.
8.Lupakanlah semua kesalahan orang terhadap dirimu. Sesuatu yang dapat direnungkan bersama.

*Kata-kata Habib Al-Ajami " Buangkanlah rasa iri hati dari dalam dadamu terhadap orang lain. Tutupilah matamu dari kesenangan dunia. Sedarilah bahawa penderitaan adalah suatu pemberian yang sangat bernilai dan berharga. Sedarilah bahawa Allah menentukan setiap sesuatu".

Read Users' Comments (0)

Qur'an Menjawab Pertanyaan Manusia

Manusia Bertanya : Kenapa aku diuji ?
Qur'an Menjawab : Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan:"Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi? (Al-Ankabuut : 2).
Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta. (Al-Ankabuut : 3)

Manusia Bertanya : Kenapa aku tidak diuji saja dengan hal-hal yang baik ?
Qur'an Menjawab : ………. boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. (Al-Baqarah : 216)

Manusia Bertanya : Kenapa aku diberi ujian seberat ini?
Qur'an Menjawab : Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya………. (Al-Baqarah : 286)

Manusia Bertanya : Bolehkah aku frustrasi ?
Qur'an Menjawab : Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (derajatnya), jika kamu orang-orang yang beriman. (Ali Imraan : 139)

Manusia Bertanya : Bolehkah aku berputus asa ?
Qur'an Menjawab : ………..dan jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir. (Yusuf : 87)

Manusia Bertanya : Bagaimana cara menghadapi ujian hidup ini?
Qur'an Menjawab : Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap siaga (di perbatasan negerimu) dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beruntung. (Ali Imraan : 200)
Jadikanlah sabar dan shalat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyu'. (Al-Baqarah : 45)

Manusia Bertanya : Bagaimana menguatkan hatiku? Qur'an Menjawab : ….Cukuplah Allah bagiku; tidak ada Tuhan selain Dia. Hanya kepada-Nya aku bertawakal……. (At-Taubah : 129)

Manusia Bertanya : Apa yang kudapat dari semua ujian ini?
Qur'an Menjawab : Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu'min, diri dan harta mereka dengan memberikan surga untuk mereka………. (At-Taubah : 111)

Read Users' Comments (0)