Ayuh Bermuhasabah...
Sebelum nak ke artikel yang berkaitan dengan hiburan Islam lagi...apa kata kita sama-sama bermuhasabah seketika bersama. Baca dan berikan jawapan kepada diri anda. Selamat bermuhasabah!!
Sudahkah anda membaca al-Quran hari ini?
Sudahkah anda solat 5 waktu pada waktunya?
Sudahkah anda membaca doa ma’thurat?
Adakah anda telah menyuruh kepada makruf?
Adakah anda telah mencegah kemungkaran?
Adakah anda bangun untuk qiamullail?
Adakah anda sudah solat rawatib?
Sudahkah anda bersedekah?
Adakah anda berusaha untuk memperbaiki diri anda?
Sudahkan anda berpuasa sunat?
Apakah anda sedar, faham dan yakin dengan Islam?
Adakah anda telah membaca sesuatu tentang Islam?
Adakah anda merasa anda dalam pemerhatian Allah SWT?
Adakah anda berazam untuk beristiqamah dengan Islam?
Sudahkah anda cuba untuk menyebarkn fikrah Islam?
Adakah anda telah berdoa hari ini?
Adakah anda mengingatkan diri anda untuk berjihad?
Sudahkah anada menziarahi sahabat, jiran dan komuniti sekitar?
Sudahkah anda menghafal ayat-ayat al-Quran?
Sudahkah anda bersenam?
Adakah anda merasa ‘izzah menjadi seorang muslim?
Sekiranya anda telah melakukan sekadar kemampuan bersyukurlah kepada Allah SWT dan sentiasa memperbaharui azam. Insya-Allah kita sama-sama berusaha untuk mendapatkan keredhaan Allah.
”Cukuplah dirimu sendiri pada hari ini sebagai penghitung terhadap dirimu.” (al-Isra’: Ayat 14)
Salam.
Mlmh ingin ucapkn MUBARAK buat enti sbb dpt result yg cemerlang! MUHASABAHlah sll adakah tujuan blajar itu smata2 utk exam. moga dpt amalkn ilmu2 yg tlh dipelajari n tidak skadar t'tulis dlm kertas exam. :-)