Nak Makan Atau Nak dengar Muzik??!


VS





Hari nie ada dua kenduri..satu depan sekolah Islah dan satu lagi depan rumah saya. Cukup berbeza keadaanya..kenduri jenis ang sama..cuma cara sambutannya yang lain. Kalau kenduri depan sekolah Islah tu tenang je. Tak de riuh rendah dengan bunyi muzik. Tapi still meriah tanpa mengganggu ketenteraman orang lain. Kalau kenduri depan rumah saya nie kecoh!!dan Mengganggu ketenteraman orang lain!! Orang kata Melau nie penuh dengan adab..sopan..tapi ke mana hilangnya adab sopan tu?? Patutlah Muallimah Zaiton suka kata satera nie penting. Tak kira bahasa apa pun..yang penting sastera. Kenapa sastera??Bukan benda lain?? Yang nie saya kurang tahu. Tapi itulah realiti masyarakat Melayu masa kini. Sebuah masyarakat yang telah hilang nilai murninya. Namun bukan semua ahli masyarakat Melayu yang hilang nilai murninya..cuma majoriti daripada masyarakat Melayu nie.


Berbalik pasal kenduri depan rumah saya..bukan nak mengata tapi sebagai renungan untuk kita. Yang mana lebih diberkati?? Kenduri yang senyap tetapi meriah atau kenduri yang kecoh dengan muzik yang entah apa-apa apa?? Orang datang ke kenduri untuk makan bukan untuk dengar muzik. Kalau setakat nak dengar muzik..lebih baik dia balik rumah dan dengar kat rumah je. Tak payah melibatkan orang lain dalam proses menambahkan dosa nie. Kalau pasangkan lagu 'menanti di barzakh' ke ataupun nasyid yang menginsafkan diri tak pe juga. Tapi yang nie melalaikan. Kalau nak pasang lagu pun hormatilah jiran yang tengah duk rehat..janganlah pasang sampai nak suruh atu taman dengar. Renungkanlah!!


Kalau nak pergi serbu rumah dia..tegur tuan rumah..malu la tuan rumah. Hari yang ceria gembira bertukar sedih dan malu. Setiap kali ada kenduri kahwin kat depan rumah saya mesti akan pasang muzik kuat-kuat...dan ayah saya takkan pergi ke kenduri tu sampai muzik tu tutup. Rasanya ayah saya dah tegur. Tapi kenapa tak sedar-sedar?? Susah sangatkah nak faham bahasa ibunda sendiri?? Tak cakap lagi dalam bahasa arab ataupun speaking. Baru cakap bahasa Melayu. Tu pun tak reti-reti nak faham.


Saya tak nak berbahas panjang lagi mengenai perkara nie kerana semua dah tahu. Cuma mungkin tak de kesedaran je..semoga Allah membuka hati mereka dan dapat mempraktikkan Islam dengan sepenuh hati.

Read Users' Comments (3)

3 Response to "Nak Makan Atau Nak dengar Muzik??!"

  1. Anonymous, on February 9, 2009 at 7:01 PM said:

    assalamualaikum, oo nak tau ya apsal sastera penting?ia mengajar kita tentang kehalusan budi bahasa 'engkorang makan dak gi oi?'atau 'anti dah makan ke belum?' ia myampaikan maksud yang sama tapi kesan berbeza.masalah ni universal-y-generation suka semua yg instant-maka terbentuklah generasi yang sibuk dan tdk sempat menghayati kehidupan-semua org stressed, bad-tempered and end-up dapat all sorts of pyakit...yg parah lagi dapat tekanan jiwa, nauzubillah.

  2. mutiara bd, on February 10, 2009 at 6:41 PM said:

    sabar ye fakhitah. itulah masyarakat yang menjadi tugas dan tanggungjawab kita utk mengingatkan mereka..

  3. NaRa ~~, on March 20, 2009 at 12:35 PM said:

    wow.....bestlah blog kak fakhitah...mesti org respect nie..