Tinggalkan Islah Bawa Misi
Tersentuh hati saya bila tengok kawan saya yang dah keluar dari Islah menangis malam tadi. Yang tak rapat pun jadi rapat. Diorang sedih sebab sekolah diorang tak de kawan-kawan macam kitorang. Tapi tak pe. Ini mungkin satu pendedahan untuk diorang sebelum masuk ke universiti nanti. Takkan nak duduk dengan kawan yang sama saja dari sekolah rendah sampai ke u. Sebenarnya kitorang yang nak keluar dari Islah nie bukan seronok-seronok..tapi bawa satu misi yang besar.Iaitu misi untuk berdakwah. Walaupun kitorang masih kecil lagi dan mungkin tak mampu untuk melengkapkan misi ini dengan sempurna..namun kitorang nak mencuba sesuatu yang baru.
Di Islah, setiap hari kami ditarbiyah oleh muallim dan muallimah..sekarang masanya untuk kitorang buktikan samada tarbiyah yang guru-guru di Islah berkesan atau tidak. Kami harap muallim dan muallimah di Islah sentiasa mendoakan kami. Kami dah tinggalkan sahabat-sahabat kami di Islah untuk terus menerima tarbiyah dari muallim dan muallimah yang akan mentarbiyah kami balik. Kami kan mewujudkan kitaran tarbiyah ini dan tidak akan menhentikannya. Kami akan cuba sebaik mungkin untuk menyedarkan rakan-rakan baru kami di sekolah lain mengenai Islam. Insya-Allah.. Semoga Allah memberi kami kekuatan iman dan kesabaran kepada kami agar kami dapat menjalankan dakwah kami dengan jayanya.
Kami yang dah keluar dai Islah nie masih lagi dapat duduk berkumpul dan berbual dengan mesranya. Insya-Allah..setiap hari sabtu minggu ke-2 dan ke-4 kami akan buat usrah sesama sendiri(masih lagi dalam perancangan). Melalui usrah kami akan membincangkan masalah-masalah yang timbul setelah meninggalkan Islah.
- KEPADA KAWAN-KAWAN YANG DAH PERGI MENINGGLAKAN ISLAH..TERUSKAN DAKWAH ANTUNNA. KAMI DI ISLAH TAKKAN LUPAKAN ANTUNNA. KAMI DOAKAN SUPAYA ANTUNNA SEMUA TERUS SUKSES!! WE WILL BE FREINDS FOREVER-
saujana hati...
teruskan misi dakwah anda, jadilah seperti sebiji kelapa yang hanyut dilautan, di mana pun singgah pasti tumbuh menjadi pokok yang memberi manfaat kepada semua orang....
muallimah doakan semoga anti istiqamah dlm perjuangan Islam...