Ayuh Bermuhasabah...


Sebelum nak ke artikel yang berkaitan dengan hiburan Islam lagi...apa kata kita sama-sama bermuhasabah seketika bersama. Baca dan berikan jawapan kepada diri anda. Selamat bermuhasabah!!

Sudahkah anda membaca al-Quran hari ini?
Sudahkah anda solat 5 waktu pada waktunya?
Sudahkah anda membaca doa ma’thurat?
Adakah anda telah menyuruh kepada makruf?
Adakah anda telah mencegah kemungkaran?
Adakah anda bangun untuk qiamullail?
Adakah anda sudah solat rawatib?
Sudahkah anda bersedekah?
Adakah anda berusaha untuk memperbaiki diri anda?
Sudahkan anda berpuasa sunat?
Apakah anda sedar, faham dan yakin dengan Islam?
Adakah anda telah membaca sesuatu tentang Islam?
Adakah anda merasa anda dalam pemerhatian Allah SWT?
Adakah anda berazam untuk beristiqamah dengan Islam?
Sudahkah anda cuba untuk menyebarkn fikrah Islam?
Adakah anda telah berdoa hari ini?
Adakah anda mengingatkan diri anda untuk berjihad?
Sudahkah anada menziarahi sahabat, jiran dan komuniti sekitar?
Sudahkah anda menghafal ayat-ayat al-Quran?
Sudahkah anda bersenam?
Adakah anda merasa ‘izzah menjadi seorang muslim?

Sekiranya anda telah melakukan sekadar kemampuan bersyukurlah kepada Allah SWT dan sentiasa memperbaharui azam. Insya-Allah kita sama-sama berusaha untuk mendapatkan keredhaan Allah.

”Cukuplah dirimu sendiri pada hari ini sebagai penghitung terhadap dirimu.” (al-Isra’: Ayat 14)

Read Users' Comments (1)comments

Kewajaran Seni Dan Hiburan Islam (Bahagian 2)


Sememangnya terdapat beberapa genre muzik yang diharamkan oleh Islam. Namun apabila wujud pemikiran yang ekstrem dan tidak boleh menerima semua bentuk seni muzik moden, ia akan menyebabkan kegagalan pemulihan nilai-nilai murni terhadap seni muzik. Karya sastera pendekatan Barat, sebahagiannya adalah amat membosankan dan berbahaya kepada generasi muda khususnya kerana ia terlalu mementingkan cerita dan hiburan. Sastera yang kononnya berteraskan serta berpaksikan semangat nasional dan perpaduan, hakikatnya merupakan satu propaganda atau strategi bagi merosakkan ilmu, akal dan budaya umat Islam secara perlahan-lahan dan terancang.

Seni tidak seharusnya dijadikan alat atau alasan untuk manusia bebas menjalankan sebarang kegiatan berasaskan runtunan hawa nafsu dan kehendak duniawi semata-mata sehingga bertentangan dengan nilai etika dan adab kesusilaan Islam. Alasan kebebasan untuk meluahkan keindahan seni bukannya hujah kukuh untuk memberikan ruang kepada seseorang manusia untuk berbuat apa sahaja. Dr Muhammad Imarah, seorang tokoh pemikir Islam Mesir masa kini menegaskan bahawa seni sepatutnya membawa manfaat kepada manusia, mampu menyucikan dan memperhalus deria kejiwaan serta semangat roh Islam. Ia juga mampu memperkukuhkan rasa keindahan dalam kehidupan yang penuh dengan kenikmatan dan tanggungjawab manusia sebagai khalifah Allah SWT. Itulah seni yang juga merupakan nikmat anugerah Allah SWT kepada umat manusia. Jika seni itu kekufuran, maka bencana atau kesan buruk akan berlaku yang boleh merosakkan umat Islam keseluruhannya.

Raghib al-Uthmani misalnya dalam buku Islam Din Dunya menjelaskan kisah-kisah yang ditonjolkan dalam al-Quran harus diberi perhatian dan diperhalusi sewajarnya. Ia bukan untuk hiburan semata-mata tetapi sebagai satu bentuk pengajaran dan dakawah kerana Allah SWT. Kisah daam Surah al-Baqarah tidak seharusnya berfungsi sebagai cerita masa lampau atau sejarah semata-mata tetapi seharusnya menjadi satu pengajaran atau contoh yang menunjukkan bahawa kesan dan akibat daripada mengingkari Allah serta balasan yang dijanjikan pada hari akhirat kelak.

Sarjana Islam, Lois Lamya al-Faruqi turut menyatakan bahawa kesenian Islam meliputi semua ciptaan yang dihasilkan menerusi kemahiran dan mempunyai nilai estetik. Syed Muhammad Qutb turut menegaskan bahawa seni Islam menjanjikan satu pertemuan antara keindahan dan kebenaran di bumi Allah ini yang bersifat sementara sahaja.

Dalam hal ini, nasyid dilihat telah berjaya mencetuskan fenomena dalam industri hiburan bercorak Islam di negara ini kerana orang Melayu amat memerlukan hiburan yang mempunyai pengisian agama da nilai kerohanian. Namun, pergerakan nasyid pada ketika ini agak statik kerana nasyid tidak banyak mengalami perubahan sedangkan ia telah bertapak sekian lama walaupun tidak dikomersialkan secara meluas. Pandangan supaya nasyid memerlukan perubahan menyeluruh dan tersusun terutamanya dari segi melodi dan gubahan adalah perlu. Khususnya dari segi bawaan lagu yang seharusnya dibawa oleh penyanyi yang memiliki bakat nyanyian unggul dan terserlah bagi menarik lebih ramai peminat dalam kalangan pelbagai generasi khasnya generasi muda di negara ini. Dengan itu, seni Islam dapat memenuhi fungsi penyampaian mesejnya secara telus dan berhikmah supaya dapat diterima oleh golongan sasaran dengan jelas dan memberikan impak yang lebih mendalam dan bermakna.

Penulis lirik berunsur dakwah perlulah memiliki pengetahuan lengkap dalam bidang agama atau sekurang-kurangnya telah mendalami ilmu agama melalui pembacaan, penganalisisan serta pentafsiran buku-buku agama khususnya daripada mereka yang pakar. Hal ini tentunya akan membawa lebih banyak penciptaan mahupun penggubahan lagu yang lebih baik dan berupaya memberi kesedaran dan manfaat demi kesejahteraan dan kebahagiaan umat di negara ini.

Muzik merupakan satu platform khusus bagi mengenali budaya secara lebih jelas kerana ia umpama titik pertengahan yang boleh menemukan semua orang dalam suatu situasi. Apabila wujudnya muzik, ia merupakan medan atau media yang paling penting dan sesuai bagi menyampaikan mesej berbanding dengan ceramah-ceramah agama yang kadangkala tidak menarik minat khusunya dalam kalangan generasi muda. Muzik sebenarnya mampu menjadi penggerak dalam menjayakan hasrat berdakwah dan mengajar ilmu agama melalui penyampaian mesej kepada mereka.

Selagi muzik dibawa dalam apa jua versi dan rentak yang tidak bertentangan dengan Islam dan syariat Islam serta dapat memenuhi kriteria sebagai lagu yang mendorong kebaikan, maka Islam membenarkan umat Islam menikmati muzik malah mereka turut dibenarkan untuk menceburkan diri secara serius dalam bidang muzik demi menjayakan hasrat Islam yang murni. Pendekatan dakwah melalui Islamisasi seni muzik terbahagi kepada dua sandaran utama. Melalui pengiktirafan budaya masyarakat, Islam menerima sebahagian daripada budaya kaum lain yang tidak bercanggah dengan Islam yang boleh dianggap sebagai proses Islamisasi.

Dakwah seni muzik merupakan medan dakwah paling relevan dari dulu sehingga kini. Dakwah menjadi lebih lancar dan segar-bugar dengan adanya unsur-unsur seni muzik yang menyedarkan dan berjaya menarik minat semua golongan. Konsert-konsert nasyid perlulah diperhebatkan di seluruh negara dan mungkin boleh dianjurkan pada sepanjang masa bagi memperkayakan hiburan bercorak alternatif agar seni muzik Islam tidak terhad kepada nasyid sahaja. Sastera Islam perlulah dipraktikkan dalam bentuk hubungan muzakarah kesusasteraan secara terperinci dan meluas supaya ia dapat melahirkan impian murni masyarakat Islam yang ingin melahirkan budaya Islam yang bertamadun.

Kesimpulannya, bagi melahirkan tamadun Islam yang unggul bagi tatapan dan ikutan generasi akan datang maka proses Islamisasi seni Islam perlulah dibuat secara bersungguh-sungguh, bersistematik dan terancang. Peranan pelbagai pihak khususnya daripada golongan penggiat seni, ilmuwan, ulama’ dan umat Islam amnya amatlah diperlukan dalam memberikan idea dan sumbangan minda. Moga seni Islam dari segi praktikalnya selari dengan syariah demi kesinambungan dan kemajuan seni tersebut khususnya dan agama Islam amnya pada masa akan datang.

Akhirnya siap juga artikel ini. Semoga artikel nie berguna untuk kita semua dan membuka minda kita untuk berfikir mengenai hiburan Islam. Hiburan yang macam mana boleh dengar dan mana yang tak boleh dengar. Nantikanlah sambungannya...

Read Users' Comments (0)

Kewajaran Seni Dan Hiburan Islam (Bahagian 1)


Sudah menjadi fitrah manusia sukakan seni dan hiburan, sama ada muzik(nyanyian), tarian lakonan mahupun seni sastera seperti penulisan. Tetapi seni dan hiburan yang bagaimana? Dalam memilih dan menentukan apakah corak seni dan hiburan yang ingin dihasilkan atau yang ingin dinikmati, kita seharusnya peka dengan tuntutan Islam. Seharusnya seni dan hiburan itu selari dengan ajaran Islam, dan bukan bertentangan dengannya seperti filem, drama, tarian, nyanyian, tulisan, lukisan yang datang dari Barat. Nyata sekali unsur-unsur yang adaa padanya bertentangan dengan agama dan budaya ketimuran kita. Walaupun ada yang boleh diterima, namun sebilngan besarnya nyata bertentangan.

Sekiranya kita tidak bijak membuat pilihan, mungkin nasib yang sama akan menimpa industri seni dan hiburan negara ini. Dewasa ini telah ada beberapa filem, drama, nyanyian, tarian dan penulisan yang nyata menimbulkan tanda tanya di kepala kita. Perlukah industri kita berubah ke arah itu? Untuk apa? Bukankah Islam telah menggariskan panduan tentang bagaimana hendak menggunakan seni dan hiburan itu sebagai penyampai iktibar.

Negara sentiasa menitik beratkan usaha-usaha mengembangkan dan memajukan lagi muzik Islam yang berteraskan nilai keislaman. Agenda Islamisasi seni muzik tidak akan berjaya dengan sepenuhnya tanpa sebarang usaha secara intensif dalam kalangan penggiat-penggiat seni di negara ini. Mereka mempunyai kepakaran dan penguasaan ilmu yang tinggi dalam bidang muzik serta lebih memahami kehendak yang bersesuaian dengan Islam. Dunia sastera dan seni Islam masa kini seharusnya menjadi sebagai satu wasilah untuk mencari keredhaan Allah SWT sebelum ia dapat memberikan manfaat dan kesejahteraan dalam kalangan umat.

Islamisasi seni menurut ilmuwan Islam terkenal seperti Syed Muhammad Naquib al-Attas merujuk kepada seni Islam yang seharusnya memainkan peranan utama dalam membebaskan manusia dari tahyul, mitos dan animisme serta pembebasan akal dan bahasa kebangsaan serta budaya daripada pengaruh sekularisme. Pengaruh sekular yang semakin menular menyebabkan seni muzik yang dinikmati bukan bertujuan mencari ketenangan atau pengabdian kepada Allah tetapi untuk tujuan lain yang melalaikan. Misalnya, pengaruh serta percaturan dengan sebahagian daripada sastera dan seni barat boleh membawa kemudaratan khususnya yang boleh menjerumuskan golongan muda mudi Islam di negara ini kepada kekufuran dan kehinaan. Apa yang dibimbangi ialah sastera negara ini jelas memperlihatkan pemikiran-pemikiran yang begitu mendominasi sastera bercorak Barat yang lebih mementingkan keuntungan dan matlamat terselindung disebalik seni.

Lantaran itu, karya sastera seharusnya mengkhusus kepada perkara-perkara seperti karya seni yang berasaskan konsep ilmu yang benar dan selaras dengan kehendak Islam, seterusnya menolak sebarang seni yang berunsur nafsu, seks, picisan dan emosi manusia semata-mata. Dakwaan yang mengatakan karya sastera Melayu terdahulu terlalu bersifat Islam sentrik sehingga tidak dapat dinikmati oleh khalayak bukan Islam menunjukkan satu hujah sekular yang menafikan kesyumulan Islam, dan mengecilkan peranan Islam yang bersifat universal dan rahmat untuk semesta alam.

Al-Quran juga telah menunjukkan betapa penting seni Islam disampaikan selaras dengan lunas-lunas dan landasan agama. Melalui penyampaian ayat-ayat al-Quran yang berbentuk tersurat dan tersirat, segala matlamat bertujuan memberikan pengajaran yang baik, peringatan kepada yang lupa di samping yang paling utama, dakwah kerana Allah SWT yang memerintah alam ini. Aspek ini ditekankan dalam al-Quran sebagaimana misalnya dalam ayat 176 Surah al-A’raf yang bermaksud: ”Maka ceritakanlah (kepada mereka) kisah-kisah itu agar mereka berfikir. ”Bukankah Allah SWT membuktikan kepada umat manusia bahawa ia ialah Pencipta Yang Serba Keindahan. Malah salah satu nama yang tersenarai dalam al-Asma al-Husna ialah al-Badi yang mencipta sesuatu dengan penuh keindahan.”

Seni yang sesuai dengan naluri fitrah manusia dan diharuskan oleh syarak adalah yang mendukung kesucian fitrah. Ia seni yang mampu mencetuskan motivasi dan semangat serta hala tuju hidup masyarakat manusia. Ia turut menajamkan hati nurani dalam mempertingkatkan darjah kerohanian dan seterusnya menjadi pemangkin ke arah pembinaan modal insan yang unggul. Lantaran itu, seni tidak hanya terletak kepada rohnya yang mencerminkan kesucian fitrah kejadian dan kehidupan manusia di muka bumi ini.

*Coretan saya untuk kali ini berakhir di sini. Nantikan rencana kewajaran seni dan hiburan Islam (bahagian 2) dan seni suara manifestasi dendangan syaitan pada masa akan datang. Semoga coretan kali ini membawa manfaat kepada kita semua.

Read Users' Comments (1)comments

Witness Of The Sky


Here I am searching
For some sort of peacefulness
Cause I’m seeing the blue sky
Is merely filled with restless blood
The land entirely lived with
Those culprits and cruelty
Those master of disaster
And head of destruction

I am tired of moving away
Running from a street towards another
Leaving the hardship that will never ends
Running from the torturing atmosphere
I’m hate feeling scared
From those who are not suppose to be
On the top of my on country
We are the one who are suppose to be ruling
The country where we belong to

Here it is
As one of the witness of the beauty sky
Swearing to share the pain
With whom it has to
The blood and tears have to return to its owner
Our is going to free with disgrace
Islam is free from humiliation
Let Islam win
Let mujahid all over the wold united
To battle with jahiliyyah

Until the ends Islam will always win
Until the end also Islam will always remain free

Read Users' Comments (0)

Nasihat Luqman Al- Hakim Kepada Anaknya

Kata Luqman Al-Hakim kepada anaknya :

"Wahai anakku! apabila perutmu penuh dengan makanan (kenyang) maka akan matilah fikiran dan hikmah kebijaksanaan.Semua anggota badanmu akan menjadimalas untuk melakukan ibadah,dan akan hilanglah kebersihan hati dan kehalusannya dimana hati yang bersih itu hanya akan tercapai dengan kelazatan bermunajat(mengahdapi Allah) dan manfaat berzikir (ingat kepada Allah).

"WAhai anakku ! Kalau sewaktu kecil engkau rajin belajar dengan tekun menuntut ilmu sebanyak-banyaknya,maka apabila kamu dewasa kelak (dihari tua) kamu akan memetik buahnya dan kamu akan menikmatinya".

"Wahai anakku ! kamu ikutlah ketika orang membawa jenazah,dan janganlah kamu mengikuti jamuan perkahwinan.Kerana jenazah itu mengingatkan kamu akan kesudaahan dari hidupmu didunia yang fana ini.Sementara majlis perkahwinan akan membangkitkan nafsu berahimu dan ini akan membuatkan kamu merasa bahawa senang dengan kehidupan dunia".

"wahai anakku! aku sudah memikul batu2 yang besar, aku juga sudah mengangkat besi2 yang berat.Tetapi aku tidak pernah merasakan sesuatu yang lebih berat daripada tangan yang buruk perangainya". Wahai anakku! Aku sudah merasakan segala benda2 pahit,tetapi aku belum pernah merasakan sesuatu yang lebih pahit dari kemiskinan dan kehinaan"

"Wahai anakku ! aku sudah pernah mengalami penderitaan dan bermacam-macam kesusahan dan kepayahan, tetapi aku belum pernah mengalami penderitaan yang lebih susah dan lebih payah dari menanggung hutang"

"Wahai anakku! sepanjang hidupku aku hanya dapat memilih kalimah dari pusaka para nabi2 yang lalu, sabda mereka :
1. Apabila engkau mengerjakan sembahyang,beribadah kepada Allah swt, maka jagalah baik2 fikiranmu.
2. Apabila engkau berada dirumah orang lain, hendaklah kamu menjaga matamu (pandangan matamu).
3.Apabila engkau berada ditengah2 majlis,hendaklah kamu menjaga lidahmu (perkataanmu).
4.Apabila engkau hadir dalam jamuan makan,hendaklah kamu menjaga perangaimu.
5.Ingatlah kepada Allah SWT
6.Ingatlah akan mati.
7.Lupakanlah budi baikmu terhadap orang lain.
8.Lupakanlah semua kesalahan orang terhadap dirimu. Sesuatu yang dapat direnungkan bersama.

*Kata-kata Habib Al-Ajami " Buangkanlah rasa iri hati dari dalam dadamu terhadap orang lain. Tutupilah matamu dari kesenangan dunia. Sedarilah bahawa penderitaan adalah suatu pemberian yang sangat bernilai dan berharga. Sedarilah bahawa Allah menentukan setiap sesuatu".

Read Users' Comments (0)

Qur'an Menjawab Pertanyaan Manusia

Manusia Bertanya : Kenapa aku diuji ?
Qur'an Menjawab : Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan:"Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi? (Al-Ankabuut : 2).
Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta. (Al-Ankabuut : 3)

Manusia Bertanya : Kenapa aku tidak diuji saja dengan hal-hal yang baik ?
Qur'an Menjawab : ………. boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. (Al-Baqarah : 216)

Manusia Bertanya : Kenapa aku diberi ujian seberat ini?
Qur'an Menjawab : Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya………. (Al-Baqarah : 286)

Manusia Bertanya : Bolehkah aku frustrasi ?
Qur'an Menjawab : Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (derajatnya), jika kamu orang-orang yang beriman. (Ali Imraan : 139)

Manusia Bertanya : Bolehkah aku berputus asa ?
Qur'an Menjawab : ………..dan jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir. (Yusuf : 87)

Manusia Bertanya : Bagaimana cara menghadapi ujian hidup ini?
Qur'an Menjawab : Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap siaga (di perbatasan negerimu) dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beruntung. (Ali Imraan : 200)
Jadikanlah sabar dan shalat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyu'. (Al-Baqarah : 45)

Manusia Bertanya : Bagaimana menguatkan hatiku? Qur'an Menjawab : ….Cukuplah Allah bagiku; tidak ada Tuhan selain Dia. Hanya kepada-Nya aku bertawakal……. (At-Taubah : 129)

Manusia Bertanya : Apa yang kudapat dari semua ujian ini?
Qur'an Menjawab : Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu'min, diri dan harta mereka dengan memberikan surga untuk mereka………. (At-Taubah : 111)

Read Users' Comments (0)

Dahsyatnya Proses Sakaratul Maut

“Demi Allah, seandainya jenazah yang sedang kalian tangisi bisa berbicara sekejab, lalu menceritakan (pengalaman sakaratul mautnya) pada kalian, nescaya kalian akan melupakan jenazah tersebut, dan mulai menangisi diri kalian sendiri”. (Imam Ghazali mengutip atsar Al-Hasan).

Datangnya Kematian Menurut Al Qur’an :

1. Kematian bersifat memaksa dan siap menghampiri manusia walaupun kita berusaha menghindarkan risiko-risiko kematian.Katakanlah: "Sekiranya kamu berada di rumahmu, nescaya orang-orang yang telah ditakdirkan akan mati terbunuh itu ke luar (juga) ke tempat mereka terbunuh". Dan Allah (berbuat demikian) untuk menguji apa yang ada dalam dadamu dan untuk membersihkan apa yang ada dalam hatimu. Allah Maha Mengetahui isi hati. (QS Ali Imran, 3:154)

2. Kematian akan mengejar siapapun meskipun ia berlindung di balik benteng yang kukuh atau berlindung di balik teknologi kedoktoran yang canggih serta ratusan doktor terbaik yang ada di muka bumi ini. Di mana saja kamu berada, kematian akan mendapatkan kamu, kendati pun kamu di dalam benteng yang tinggi lagi kukuh, dan jika mereka memperoleh kebaikan, mereka mengatakan: "Ini adalah dari sisi Allah", dan kalau mereka ditimpa sesuatu bencana mereka mengatakan: "Ini (datangnya) dari sisi kamu (Muhammad)". Katakanlah: "Semuanya (datang) dari sisi Allah". Maka mengapa orang-orang itu (orang munafik) hampir-hampir tidak memahami pembicaraan sedikit pun? (QS An-Nisa 4:78)

3. Kematian akan mengejar siapapun walaupun ia lari menghindar.Katakanlah: "Sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya, maka sesungguhnya kematian itu akan menemui kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada (Allah), yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata, lalu Dia beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan". (QS al-Jumu’ah, 62:8)

4. Kematian datang secara tiba-tiba.Sesungguhnya Allah, hanya pada sisi-Nya sajalah pengetahuan tentang Hari Kiamat; dan Dia-lah Yang menurunkan hujan, dan mengetahui apa yang ada dalam rahim. Dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui (dengan pasti) apa yang akan diusahakannya besok. Dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui di bumi mana dia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal. (QS, Luqman 31:34)

5. Kematian telah ditentukan waktunya, tidak dapat ditunda atau dipercepatDan Allah sekali-kali tidak akan menangguhkan (kematian) seseorang apabila datang waktu kematiannya. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan. (QS, Al-Munafiqun, 63:11)

Dahsyatnya Rasa Sakit Saat Sakaratul Maut

Sabda Rasulullah SAW : “Sakaratul maut itu sakitnya sama dengan tusukan tiga ratus pedang” (HR Tirmidzi)

Sabda Rasulullah SAW : “Kematian yang paling ringan ibarat sebatang pohon penuh duri yang menancap di selembar kain sutera. Apakah batang pohon duri itu dapat diambil tanpa membawa serta bagian kain sutera yang tersobek ?” (HR Bukhari)

Atsar (pendapat) para sahabat Rasulullah SAW . Ka’b al-Ahbar berpendapat : “Sakaratul maut ibarat sebatang pohon berduri yang dimasukkan kedalam perut seseorang. Lalu, seorang lelaki menariknya dengan sekuat-kuatnya sehingga ranting itupun membawa semua bagian tubuh yang menyangkut padanya dan meninggalkan yang tersisa”.

Imam Ghazali berpendapat : “Rasa sakit yang dirasakan selama sakaratul maut menghujam jiwa dan menyebar ke seluruh anggota tubuh sehingga bagian orang yang sedang sekarat merasakan dirinya ditarik-tarik dan dicerabut dari setiap urat nadi, urat syaraf, persendian, dari setiap akar rambut dan kulit kepala hingga kaki”.

Imam Ghazali juga mengutip suatu riwayat ketika sekelompok Bani Israil yang sedang melewati sebuah pekuburan berdoa pada Allah SWT agar Ia menghidupkan satu mayat dari pekuburan itu sehingga mereka bisa mengetahui gambaran sakaratul maut. Dengan izin Allah melalui suatu cara tiba-tiba mereka dihadapkan pada seorang lelaki yang muncul dari salah satu kuburan. “Wahai manusia !”, kata lelaki tersebut. “Apa yang kalian kehendaki dariku? Lima puluh tahun yang lalu aku mengalami kematian, namun hingga kini rasa perih bekas sakaratul maut itu belum juga hilang dariku.”Proses sakaratul maut bisa memakan waktu yang berbeza untuk setiap orang, dan tidak dapat dihitung dalam ukuran detik seperti hitungan waktu dunia ketika kita menyaksikan detik-detik terakhir kematian seseorang.

Mustafa Kemal Attaturk, bapa modernisasi (sekularisasi) Turki, yang mengganti Turki dari negara bersyariat Islam menjadi negara sekular, dikabarkan mengalami proses sakaratul maut selama 6 bulan (walau tampak dunianya hanya beberapa detik), seperti dilaporkan oleh salah satu keturunannya melalui sebuah mimpi. Rasa sakit sakaratul maut dialami setiap manusia, dengan berbagai macam tingkat rasa sakit, ini tidak terkait dengan tingkat keimanan atau kezhaliman seseorang selama ia hidup.

Sebuah riwayat bahkan mengatakan bahwa rasa sakit sakaratul maut merupakan suatu proses pengurangan kadar siksaan akhirat kita kelak. Demikianlah rencana Allah. Wallahu a’lam bis shawab.

Sakaratul Maut Orang-orang Zalim

Imam Ghazali mengutip sebuah riwayat yang menceritakan tentang keinginan Ibrahim as untuk melihat wajah Malaikatul Maut ketika mencabut nyawa orang zhalim. Allah SWT pun memperlihatkan gambaran perupaan Malaikatul Maut sebagai seorang pria besar berkulit legam, rambut berdiri, berbau busuk, memiliki dua mata, satu didepan satu dibelakang, mengenakan pakaian serba hitam, sangat menakutkan, dari mulutnya keluar jilatan api, ketika melihatnya Ibrahim as pun pingsan tak sadarkan diri. Setelah sedar Ibrahim as pun berkata bahawa dengan memandang wajah Malaikatul Maut rasanya sudah cukup bagi seorang pelaku kejahatan untuk menerima ganjaran hukuman kejahatannya, padahal hukuman akhirat Allah jauh lebih dahsyat dari itu.Kisah ini menggambarkan bahwa melihat wajah Malakatul Maut saja sudah menakutkan apalagi ketika sang Malaikat mulai menyentuh tubuh kita, menarik paksa roh dari tubuh kita, kemudian mulai menghentak-hentak tubuh kita agar roh (yang masih cinta dunia dan enggan meninggalkan dunia) lepas dari tubuh kita ibarat melepas akar serabut-serabut baja yang tertanam sangat dalam di tanah yang terbuat dari timah keras.Itulah wajah Malaikatul Maut yang akan mendatangi kita kelak dan memisahkan roh dari tubuh kita. Itulah wajah yang seandainya kita melihatnya dalam mimpi sekalipun maka kita tidak akan pernah lagi bisa tertawa dan merasakan kegembiraan sepanjang sisa hidup kita. Alangkah dahsyatnya sekiranya kamu melihat di waktu orang-orang yang zalim (berada) dalam tekanan-tekanan sakratulmaut, sedang para malaikat memukul dengan tangannya, (sambil berkata):

"Keluarkanlah nyawamu". Di hari ini kamu dibalas dengan siksaan yang sangat menghinakan, karena kamu selalu mengatakan terhadap Allah (perkataan) yang tidak benar dan (karena) kamu selalu menyombongkan diri terhadap ayat-ayat-Nya. (QS Al-An’am 6:93)

(Yaitu) orang-orang yang dimatikan oleh para malaikat dalam keadaan berbuat lalim kepada diri mereka sendiri, lalu mereka menyerah diri (sambil berkata); "Kami sekali-kali tidak mengerjakan sesuatu kejahatan pun". (Malaikat menjawab): "Ada, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang telah kamu kerjakan". Maka masukilah pintu-pintu neraka Jahanam, kamu kekal di dalamnya. Maka amat buruklah tempat orang-orang yang menyombongkan diri itu. (QS, An-Nahl, 16 : 28-29)

Di akhir sakaratul maut, seorang manusia akan diperlihatkan padanya wajah dua Malaikat Pencatat Amal. Kepada orang zalim, si malaikat akan berkata, “Semoga Allah tidak memberimu balasan yang baik, engkaulah yang membuat kami terpaksa hadir kami ke tengah-tengah perbuatan kejimu, dan membuat kami hadir menyaksikan perbuatan burukmu, memaksa kami mendengar ucapan-ucapan burukmu. Semoga Allah tidak memberimu balasan yang baik ! “

Ketika itulah orang yang sekarat itu menatap lesu ke arah kedua malaikat itu. Ketika sakaratul maut hampir selesai, dimana tenaga mereka telah hilang dan roh mulai merayap keluar dari jasad mereka, maka tibalah saatnya Malaikatul Maut mengabarkan padanya rumahnya kelak di akhirat. Rasulullah SAW pernah bersabda, “Tak seorangpun diantara kalian yang akan meninggalkan dunia ini kecuali telah diberikan tempat kembalinya dan diperlihatkan padanya tempatnya di surga atau di neraka”. Dan inilah ucapan malaikat ketika menunjukkan rumah akhirat seorang zhalim di neraka, “Wahai musuh Allah, itulah rumahmu kelak, bersiaplah engkau merasakan siksa neraka”. Naudzu bila min dzalik!

Sakaratul Maut Orang-orang Yang Bertaqwa

Sebaliknya Imam Ghazali mengatakan bahwa orang beriman akan melihat rupa Malaikatul Maut sebagai pemuda tampan, berpakaian indah dan menyebarkan wangi yang sangat harum.Dan dikatakan kepada orang-orang yang bertakwa: "Apakah yang telah diturunkan oleh Tuhanmu?" Mereka menjawab: "(Allah telah menurunkan) kebaikan". Orang-orang yang berbuat baik di dunia ini mendapat (pembalasan) yang baik. Dan sesungguhnya kampung akhirat adalah lebih baik dan itulah sebaik-baik tempat bagi orang yang bertakwa, (yaitu) surga Adn yang mereka masuk ke dalamnya, mengalir di bawahnya sungai-sungai, di dalam surga itu mereka mendapat segala apa yang mereka kehendaki.

Demikianlah Allah memberi balasan kepada orang-orang yang bertakwa. (yaitu) orang-orang yang diwafatkan dalam keadaan baik oleh para malaikat dengan mengatakan (kepada mereka): "Assalamu alaikum, masuklah kamu ke dalam surga itu disebabkan apa yang telah kamu kerjakan". (QS, An-Nahl, 16 : 30-31-32)Dan saat terakhir sakaratul mautnya, malaikat pun akan menunjukkan surga yang akan menjadi rumahnya kelak di akhirat, dan berkata padanya, “Bergembiaralah, wahai sahabat Allah, itulah rumahmu kelak, bergembiralah dalam masa-masa menunggumu”.Wallahu a’lam bish-shawab.Semoga kita yang masih hidup dapat selalu dikaruniai hidayah-Nya, berada dalam jalan yang benar, selalu istiqomah dalam keimanan, dan termasuk umat yang dimudahkan-Nya, selama hidup di dunia, di akhir hidup, ketika sakaratul maut, di alam barzakh, di Padang Mahsyar, di jembatan jembatan Sirath-al mustaqim, dan seterusnya.

Amin !

Read Users' Comments (1)comments

Kata-kata Orang Hebat

"Mencari ikhlas itu umpama mencari seekor semut hitam di dalam pekat malam" - Ayah kepada Ikrimah di satu tamrin

"Ikhwah faham kan? Kalau faham tapi tak buat juga, ana jumpa je lepas ni, ana sepak!!!" - Muhammad Hussaini Khairudin, semasa menyampaikan daurahnya

"Kalau antum minat kat seorang tu, antum doa je hari-hari, doa je terus = "Ya Allah, Kau kahwinkanlah aku dengan die, aku dah minat gile-gile ni"" - Ustaz WAMY merangkap Sang Murobbi pada satu sesi usrah

"Sangat penting untuk kita menekankan keimanan yg tinggi kedalam hati mad'u kerana pada akhirnya keimanan itulah yang akan memacu mereka untuk bergerak di dalam medan dakwah" - Ustaz WAMY merangkap Sang Murobbi pada satu sesi usrah

"Semua orang nak jadi baik, sebab fitrah setiap manusia ni nak jadi baikkan, jadi dengan join usrah, korang dah dalam proses kembali ke fitrah" - Anak kepada seorang Pak Cik di Langkawi ketika mempromote usrah pada satu sesi Muhadharah

"Try and Error je" - Ustaz Atiff, menjawab SMS pada Hari Raya Pertama

"Kita tak boleh rasa kita ada satu hak milik dalam da'wah dan tiada seniority dalam da'wah" - Bakal Doktor IMU Seremban merangkap mantan President PPIM pada satu sesi daurah

"Portion tertinggi kemenangan kita datangnya dari Allah" - Seorang ikhwah yang berusia '9' tahun, semasa singgah di Baituna

"Siapakah dia Athinahapan?" - Al-Akhuna Wea, seorang penulis blog yang berjaya / penulis tetap Dakwah.info

"Kita sedar walau dalam kesyumulan jemaah kita, kita still ada kekurangan... kalu antum nk lebih ruhi, keluarlah dengan jamaah tabligh, kalu antum nak belajar hadith, belajarlah dengan geng2 salafi.... tapi antum kena tahu priority dan tariqul da'wah kita adalah cara kita" - Pak Cik / U.Kay / UQY di satu sesi daurah Muntalaq

"Kita didalam dakwah ini hendaklah menjadi seperti air yang mengalir... Andai disekat / dihalang, still kita boleh mengalir melalui laluan yg laen... Dan akhirnya kita still akan sampai ke destinasi kita" - Seorang akh dari Brunei yg kini studi di UIA

"Zaman Rasulullah dulu kalu x pergi sembahyang di masjid, kena bakar rumah" - Al-Akh Unisel ketika berceramah dengan penuh semangat kepada seorang Pak Guard

"Kita hanya berusaha, natijahnya Allah yang tentukan, jangan risau" - Fateh yang ku kenali

"Air yang tak bergerak pun akan busuk, begitulah juga orang yang mengaku diri mereka Da'ei" - Kata-kata dari seorang Super Murobbi dari Brunei

"Amacam? Ok tak? Ada sapa-sapa lagi nak tambah?" - Abang Adil ketika menyampaikan Muhadaroh Maza Yakni nye

"Sekiranya kita masih mampu bersuara, kita masih tak cukup penat lagi" - Seorang Da'ei dari UNIM ketika turun dari pendakian Gunung Angsi

"Kalau dah malas tu, memang tak boleh buat apa-apa dah. Ubat tu hanya ada pada tuan punya badan sahaja" - Ketua Badan Dakwah CUCMS

-dicopy dr blog Prof. Hussani-

Read Users' Comments (1)comments

Islam Makin Berkembang...

Islam Di Perancis

Kajian yang dilaksanakan Kementerian Dalam Negeri Negara Perancis menyimpulkan, bahawa perkembangan agama Islam di Prancis sangat pesat. Agama Islam menjadi urutan ke dua setelah agama Nasrani.Lebih lanjut kajian itu menyatakan, bahawa lebih dari 3600 warga Negara Prancis masuk Islam setiap tahunnya. Penganut agama ini paling taat terhadap undang-undang yang ada. Kejahatan yang dilakukan umat muslim sangat minimum.

Sebagaimana juga umat Islam sangat disiplin terhadap pelaksanaan ajaran Islam, seperti solat, puasa, dan tidak mengkonsumsi khamer.Lebih dari 60% umat Islam di Perancis tidak mengkonsumsi khamer selamnya, meskipun hanya sekali dalam hidupnya. 55% dari mereka akan menunaikan ibadah haji tahun depan.Kajian ini menutup pernyataannya, bahawa majoriti pemuda muslim di negara yang terkenal dengan menara Eifelnya ini sangat komitmen terhadap agamanya. Faktor inilah yang menjadikan Islam berkembang sangat pesat di Perancis.

Kajian ini sesuai dengan hasil survey yang dirilis oleh Sekolah Tinggi Negeri Program Survey dan Kajian Ekonomi di Perancis tahun 2005, bahwa jumlah anak yang lahir dan diberi nama seperti nama Rasulullah saw. –Muhammad- sebanyak lima puluh tiga ribu tiga ratus tujuh puluh tujuh (53 377) orang.Sejarah mencatat penamaan Muhammad melonjak tajam selama lima puluh tahun belakangan ini, padahal belum pernah tercatat secara rasmi kelahiran orang Perancis sebelum Tahun 1925 dengan nama Muhammad.

Pada Tahun 1926 berdiri Masjid Agung Perancis, semenjak itu tertulis secara administrasi formal nama anak pertama yang lahir dan diberi nama Muhammad.Dalam survey itu juga disebutkan bahawa tersebarnya penamaan Muhammad, juga nama-nama religius atau nama yang ada kaitannya dengan momentum sejarah terhadap anak-anak mereka, sangat erat kaitannya dengan tersebarnya kegiatan-kegiatan keagamaan yang dilihat dan diikuti oleh minoritas muslim di Barat sejak akhir tahun enam puluhan.

Islam Di Itali

Menteri Dalam Negeri Itali telah mengumumkan pada tanggal 8 April lalu, bahawa jumlah penduduk yang menganut agama Islam sampai sekarang ini berjumlah dua juta orang.Padahal pada tahun 2001 baru berjumlah satu 'point' enam juta orang. Dalam rentang waktu tujuh tahun itu pertumbuhan umat Islam di sini mencapai empat ratus ribu orang. Tabloit “The Guardian” bahawa angka terbaru dari jumlah umat Islam membuktikan secara nyata bahawa Islam sangat berpengaruh di Itali. Islam menjadi agama kedua yang di anut penduduk Itali setelah agama Nasrani. Jumlah umat Islam di Italia mencapai tiga 'point' tiga persen (3,3%) dari jumlah keseluruhan jumlah penduduk Itali. Masih menurut tabloid ini, bahawa Islam menjadi agama yang paling cepat pertumbuhannya di negara Itali.

(it/ut)www.dakwatuna.com

Read Users' Comments (0)

Taubat Sejati Seorang Pemuda

Imam Malik bin Dinar mengajari kita dalam bagian ini tentang seorang pemuda kecil di waktu haji, dengan bertutur,"Ketika kami mengerjakan ibadah haji, kami mengucapkan talbiyah dan berdoa kepada Allah, tiba-tiba aku melihat pemuda yang masih sangat muda usianya memakai pakaian ihram menyendiri di tempat penyendiriannya tidak mengucapkan talbiyah dan tidak berzikir mengingat Allah seperti orang-orang lainnya.

Aku mendatanginya dan bertanya, mengapa dia tidak mengucapkan talbiyah ?'"Dia menjawab, "Apakah talbiyah mencukupi bagiku, sedangkan aku sudah berbuat dosa dengan terang-terangan. Demi Allah! Aku khuwatir bila aku mengatakan labbaik maka malaikat menjawab kepadaku, 'tiada labbaik dan tiada kebahagiaan bagimu'.

Lalu aku pulang dengan membawa dosa besar."Aku bertanya kepadanya, "Sesungguhnya kamu memanggil yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."Dia bertanya, "Apakah kamu menyuruhku untuk mengucapkan talbiyah? "Aku menjawab, "Ya."Kemudian dia berbaring di atas tanah, meletakkan salah satu pipinya ke tanah mengambil batu dan meletakkannya di pipi yang lain dan mengucurkan air matanya sembari berucap, "Labbaika Allaahumma labbaika, sungguh telah kutundukkan diriku kepada-Mu dan badan telah kuhempaskan di hadapan-Mu."

Lalu aku melihatnya lagi di Mina dalam keadaan menangis dan dia bekata, "Ya Allah, sesungguhnya orang-orang telah menyembelih korban dan mendekatkan diri kepada-Mu, sedangkan aku tidak punya sesuatu yang boleh kugunakan untuk mendekatkan diri kepadamu kecuali diriku sendiri, maka terimalah pengorbanan diriku. Kemudian dia pengsan dan tersungkur mati. Akupun mohon kepada Allah agar Dia mahu menerima amal ibadah dan pertaubatannya.

Sumber: Asyabalunal 'Ulama (65 Kisah Teladan Pemuda Islam Brilian), Muhammad Sulthan.

Read Users' Comments (3)

7 Indikator Kebahagiaan Dunia

Ibnu Abbas ra. adalah salah seorang sahabat Nabi SAW yang sangat telaten dalam menjaga dan melayani Rasulullah SAW, dimana ia pernah secara khusus didoakan Rasulullah SAW, selain itu pada usia 9 tahun Ibnu Abbas telah hafal Al-Quran dan telah menjadi imam di masjid. Suatu hari ia ditanya oleh para Tabi'in (generasi sesudah wafatnya Rasulullah SAW) mengenai apa yang dimaksud dengan kebahagiaan dunia. Jawab Ibnu Abbas ada 7 (tujuh) indikator kebahagiaan dunia, iaitu :

Pertama, Qalbun syakirun atau hati yang selalu bersyukur.Memiliki jiwa syukur bererti selalu menerima apa adanya (qana’ah), sehingga tidak ada ambisi yang berlebihan, tidak ada stress, inilah nikmat bagi hati yang selalu bersyukur. Seorang yang pandai bersyukur sangatlah cerdas memahami sifat-sifat Allah SWT, sehingga apapun yang diberikan Allah ia malah terpesona dengan pemberian dan keputusan Allah. Bila sedang kesusahan maka ia segera ingat sabda Rasulullah SAW yaitu : "Kalau kita sedang susah perhatikanlah orang yang lebih susah dari kita". Bila sedang diberi kemudahan, ia bersyukur dengan memperbanyak amal ibadahnya, kemudian Allah pun akan mengujinya dengan kemudahan yang lebih besar lagi. Bila ia tetap “bandel” dengan terus bersyukur maka Allah akan mengujinya lagi dengan kemudahan yang lebih besar lagi. Maka berbahagialah orang yang pandai bersyukur!

Kedua. Al azwaju shalihah, iaitu pasangan hidup yang soleh.Pasangan hidup yang soleh akan menciptakan suasana rumah dan keluarga yang soleh pula. Di akhirat kelak seorang suami (sebagai imam keluarga) akan diminta pertanggungjawaban dalam mengajak isteri dan anaknya kepada kesolehan. Berbahagialah menjadi seorang isteri bila memiliki suami yang soleh, yang pasti akan bekerja keras untuk mengajak isteri dan anaknya menjadi muslim yang soleh. Demikian pula seorang isteri yang soleh, akan memiliki kesabaran dan keikhlasan yang luar biasa dalam melayani suaminya, walau seberapa buruknya kelakuan suaminya. Maka berbahagialah menjadi seorang suami yang memiliki seorang isteri yang soleh.

Ketiga, al auladun abrar, yaitu anak yang soleh.Saat Rasulullah SAW lagi tawaf. Rasulullah SAW bertemu dengan seorang anak muda yang pundaknya lecet-lecet. Setelah selesai tawaf Rasulullah SAW bertanya kepada anak muda itu : "Kenapa pundakmu itu ?" Jawab anak muda itu : "Ya Rasulullah, saya dari Yaman, saya mempunyai seorang ibu yang sudah uzur. Saya sangat mencintai dia dan saya tidak pernah melepaskan dia. Saya melepaskan ibu saya hanya ketika buang hajat, ketika solat, atau ketika istirehat, selain itu sisanya saya selalu menggendongnya". Lalu anak muda itu bertanya: " Ya Rasulullah, apakah aku sudah termasuk ke dalam orang yang sudah berbakti kepada orang tua ?" Nabi SAW sambil memeluk anak muda itu dan mengatakan: "Sungguh Allah redho kepadamu, kamu anak yang soleh, anak yang berbakti, tapi anakku ketahuilah, cinta orangtuamu tidak akan terbalaskan olehmu". Dari hadis tersebut kita mendapat gambaran bahawa amal ibadah kita ternyata tidak cukup untuk membalas cinta dan kebaikan orang tua kita, namun minima kita boleh memulainya dengan menjadi anak yang soleh, dimana doa anak yang soleh kepada orang tuanya dijamin dikabulkan Allah. Berbahagialah kita bila memiliki anak yang soleh.

Keempat, albiatu sholihah, iaitu lingkungan yang kondusif untuk iman kita.Yang dimaksudkan dengan lingkungan yang kondusif ialah, kita boleh mengenal siapapun tetapi untuk menjadikannya sebagai sahabat karib kita, haruslah orang-orang yang mempunyai nilai tambah terhadap keimanan kita. Dalam sebuah hadisnya, Rasulullah menganjurkan kita untuk selalu bergaul dengan orang-orang yang soleh. Orang-orang yang soleh akan selalu mengajak kepada kebaikan dan mengingatkan kita bila kita berbuat salah. Orang-orang soleh adalah orang-orang yang bahagia kerana nikmat iman dan nikmat Islam yang selalu terpancar pada cahaya wajahnya. Insya Allah cahaya tersebut akan ikut menyinari orang-orang yang ada disekitarnya. Berbahagialah orang-orang yang selalu dikelilingi oleh orang-orang yang soleh.

Kelima, al malul halal, atau harta yang halal. Paradigma dalam Islam mengenai harta bukanlah banyaknya harta tetapi halalnya. Ini tidak berarti Islam tidak menyuruh umatnya untuk kaya. Dalam riwayat Imam Muslim di dalam bab sadaqoh, Rasulullah SAW pernah bertemu dengan seorang sahabat yang berdoa mengangkat tangan. "Kamu berdoa sudah bagus", kata Nabi SAW, "Namun sayang makanan, minuman dan pakaian dan tempat tinggalnya didapat secara haram, bagaimana doanya dikabulkan”. Berbahagialah menjadi orang yang hartanya halal karena doanya sangat mudah dikabulkan Allah. Harta yang halal juga akan menjauhkan setan dari hatinya, maka hatinya semakin bersih, suci dan kukuh, sehingga memberi ketenangan dalam hidupnya. Maka berbahagialah orang-orang yang selalu dengan teliti menjaga kehalalan hartanya.

Keenam, Tafakuh fi dien,atau semangat untuk memahami agama.Semangat memahami agama diwujudkan dalam semangat memahami ilmu-ilmu agama Islam. Semakin ia belajar, maka semakin ia terangsang untuk belajar lebih jauh lagi ilmu mengenai sifat-sifat Allah dan ciptaan-Nya. Allah menjanjikan nikmat bagi umat-Nya yang menuntut ilmu, semakin ia belajar semakin cinta ia kepada agamanya, semakin tinggi cintanya kepada Allah dan rasul-Nya. Cinta inilah yang akan memberi cahaya bagi hatinya. Semangat memahami agama akan meng ”hidup” kan hatinya, hati yang “hidup” adalah hati yang selalu dipenuhi cahaya nikmat Islam dan nikmat iman. Maka berbahagialah orang yang penuh semangat memahami ilmu agama Islam.

Ketujuh, iaitu umur yang baroqah. Umur yang baroqah itu ertinya umur yang semakin tua semakin soleh, yang setiap detiknya diisi dengan amal ibadah. Seseorang yang mengisi hidupnya untuk kebahagiaan dunia semata, maka hari tuanya akan diisi dengan banyak bernostalgia (berangan-angan) tentang masa mudanya, iapun cenderung kecewa dengan ketuaannya (post-power syndrome). Disamping itu pikirannya terfokus pada bagaimana caranya menikmati sisa hidupnya, maka iapun sibuk berangan-angan terhadap kenikmatan dunia yang belum ia sempat rasakan, hatinya kecewa bila ia tidak mampu menikmati kenikmatan yang diangankannya. Sedangkan orang yang mengisi umurnya dengan banyak mempersiapkan diri untuk akhirat (melalui amal ibadah) maka semakin tua semakin rindu ia untuk bertemu dengan Sang Penciptanya. Hari tuanya diisi dengan bermesraan dengan Sang Maha Pengasih. Tidak ada rasa takutnya untuk meninggalkan dunia ini, bahkan ia penuh harap untuk segera merasakan keindahan alam kehidupan berikutnya seperti yang dijanjikan Allah. Inilah semangat “hidup” orang-orang yang baroqah umurnya, maka berbahagialah orang-orang yang umurnya baroqah.

Demikianlah pesan-pesan dari Ibnu Abbas ra. mengenai 7 indikator kebahagiaan dunia.
Bagaimana caranya agar kita dikaruniakan Allah ke tujuh buah indikator kebahagiaan dunia tersebut ? Selain usaha keras kita untuk memperbaiki diri, maka mohonlah kepada Allah SWT dengan sesering dan se-khusyu’ mungkin membaca doa ‘sapu jagat’ , iaitu doa yang paling sering dibaca oleh Rasulullah SAW. Dimana baris pertama doa tersebut “Rabbanaa aatina fid dun-yaa hasanaw” (yang artinya “Ya Allah karuniakanlah aku kebahagiaan dunia ”), mempunyai makna bahwa kita sedang meminta kepada Allah ke tujuh indikator kebahagiaan dunia yang disebutkan Ibnu Abbas ra, yaitu hati yang selalu syukur, pasangan hidup yang soleh, anak yang soleh, teman-teman atau lingkungan yang soleh, harta yang halal, semangat untuk memahami ajaran agama, dan umur yang baroqah. Walaupun kita akui susah mendapatkan ketujuh hal itu ada di dalam genggaman kita, setidak-tidaknya kalau kita mendapat sebagian saja sudah patut kita syukuri. Sedangkan mengenai kelanjutan doa sapu jagat tersebut yaitu “wa fil aakhirati hasanaw” (yang artinya “dan juga kebahagiaan akhirat”), untuk memperolehnya hanyalah dengan rahmat Allah. Kebahagiaan akhirat itu bukan syurga tetapi rahmat Allah, kasih sayang Allah. Syurga itu hanyalah sebagian kecil dari rahmat Allah, kita masuk syurga bukan kerana amal soleh kita, tetapi kerana rahmat Allah. Amal soleh yang kita lakukan sepanjang hidup kita (walau setiap hari puasa dan solat malam) tidaklah cukup untuk mendapatkan tiket masuk syurga. Amal soleh sesempurna apapun yang kita lakukan seumur hidup kita tidaklah sebanding dengan nikmat syurga yang dijanjikan Allah. Kata Nabi SAW, “Amal soleh yang kalian lakukan tidak bisa memasukkan kalian ke syurga”. Lalu para sahabat bertanya: “Bagaimana dengan Engkau ya Rasulullah ?”. Jawab Rasulullah SAW : “Amal soleh saya pun juga tidak cukup”. Lalu para sahabat kembali bertanya : “Kalau begitu dengan apa kita masuk syurga?”. Nabi SAW kembali menjawab : “Kita dapat masuk syurga hanya kerana rahmat dan kebaikan Allah semata”.Jadi solat kita, puasa kita, taqarub kita kepada Allah sebenarnya bukan untuk syurga tetapi untuk mendapatkan rahmat Allah. Dengan rahmat Allah itulah kita mendapatkan surga Allah (Insya Allah, Amiin).

(Sumber tulisan: ceramah Ustad Aam Aminudin, Lc. di Sapporo, Jepang, disarikan secara bebas oleh Sdr. Asep Tata Permana, sedikit diedit oleh Penjaga Kebun Hikmah)

Dipetik dari
http://www.kebunhikmah.com/

Read Users' Comments (0)

Kenali Imam Hassan al-Banna

Imam Hassan al-Banna adalah seorang mujahid politik dan sosial Mesir yang lebih dikenali sebagai pengasas Ikhwan Muslimin.

Imam Hassan al-Banna ialah pengasas Ikhwan Muslimin, pertubuhan pembaharuan Sunnah yang paling besar dan berpengaruh dalam abad ke 20 ini. Ditubuhkan di Mesir pada 1928, Ikhwan Muslimin menjadi pergerakan politik terbesar yang secara terbuka menentang kebangkitan idea-idea barat dan sekular di Timur Tengah. Ikhwan mendapati idea-idea ini adalah punca kepada keruntuhan masyarakat Islam dalam dunia moden ini, dan meyakini bahawa kembali semula ke jalan Islam sebagai penyelesaian terhadap penyakit-penyakit yang telah menimpa masyarakat Islam. Kepimpinan Hassan al-Banna adalah kritikal terhadap perkembangan yang memberangsangkan ke atas Ikhwan sekitar tahun 30an dan 40an. Pada awal tahun 50an, beberapa cawangan Ikhwan telah ditubuhkan di Syria, Sudan dan Jordan. Tidak lama kemudian, pengaruh pergerakan ini dapat dirasai di tempat-tempat sejauh di Teluk dan di negara-negara bukan Arab seperti Iran, Pakistan, Indonesia dan Malaysia. Pemangkin kepada perkembangan ini adalah ketrampilan model pertubuhan ini disemadikan dalam bentuk asalnya seperti yang dipaparkan oleh Ikhwan Mesir, dan kejayaan hasil-hasil penulisan Hassan al-Banna. Diterjemahkan ke dalam beberapa bahasa, hasil-hasil penulisan ini sejak sekian lama telah membentuk generasi-generasi aktivis Sunnah di serata dunia Islam.

Hassan al-Banna telah dilahirkan pada tahun 1906 di Mahmudiyya, Mesir (barat-laut Kairo). Bapanya, Sheikh Ahmad al-Banna, adalah seorang guru masjid dan imam yang dihormati, berpendidikan di Universiti al-Azhar, yang telah bersatu tenaga dan menulis buku-buku tentang tradisi-tradisi orang Islam, dan juga memiliki sebuah kedai di mana beliau membaiki jam dan menjual gramofon. Walaupun Sheikh Ahmad al-Banna dan isterinya memiliki harta, mereka tidaklah kaya dan bertungkus lumus untuk mencukupkan keperluan kehidupan mereka, terutamanya setelah mereka berpindah ke Kairo pada tahun 1924. Seperti kebanyakan orang lain, mereka mendapati bahawa pendidikan Islam dan kealiman/kawarakan tidak lagi dihargai, dan ianya tidak dapat bersaing dengan industri berskala besar di ibu negara.

Apabila Hassan al-Banna berusia 12 tahun, beliau melibatkan diri ke dalam aliran Sufi dan menjadi ahli baru sepenuhnya dalam tahun 1922.

Apabila beliau berusia 13 tahun, Hassan al-Banna berpindah ke Kairo untuk memasuki Kolej Darul ‘Ulum. Kehidupan di pusat bandar menawarkan beliau ruang aktiviti yang luas daripada di luar bandar dan peluang untuk bertemu dengan ulama’ Islam yang muktabar (sesungguhnya, syukurlah di atas kenalan-kenalan bapanya), namun pemikiran dan perasaan beliau amat terganggu dengan kesan-kesan kebaratan yang dilihatnya di sana, khususnya kebangkitan sekularisma dan keruntuhan moral budaya. Empat tahun yang dihabiskannya di Kairo mendedahkan beliau kepada keserabutan politik di ibu negara Mesir pada tahun 20an, dan meningkatkan kesedaran beliau terhadap sejauh mana cara-cara Barat dan sekular telah menembusi keagungan masyarakat. Sejak itulah Hassan al-Banna menjadi asyik dengan apa yang dilihatnya di mana generasi muda semakin hanyut dari Islam. Beliau percaya bahawa perjuangan hati dan minda pemuda akan membuktikan kritikal kepada kelangsungan agama yang telah dikongkong oleh serangan Barat. Semasa belajar di Kairo, beliau mendalami hasil-hasil penulisan pengasas Reformisma Islam (gerakan Salafiah), termasuklah seorang Mesir bernama Muhammad ‘Abduh, yang telah dipelajari oleh ayah Hassan al-Banna sendiri semasa di al-Azhar. Namun, anak murid Muhammad ‘Abduh yang bernama Rashid Rida adalah yang banyak mempengaruhi Hassan al-Banna. Hassan al-Banna adalah pembaca setia Al-Manar, sebuah majalah yang diterbitkan oleh Rashid Rida di Kairo dari tahun 1898 sehinggalah kematian beliau pada tahun 1935. Hassan al-Banna bersependapat dengan kebimbangan utama Rashid Rida tentang keruntuhan tamadun Islam berbanding dengan Barat. Beliau juga percaya bahawa perkembangan ini dapat disekat dan dihapuskan dengan kembali kepada Islam dalam bentuknya yang tulin dan suci, bebas daripada segala bid’ah yang melemahkan kekuatan ajarannya yang asal. Seperti Rashid Rida di akhir hayat beliau – tetapi tidak seperti Muhammad ‘Abduh dan modenis-modenis Islam yang lain – Hassan al-Banna merasakan bahawa bahaya utama kepada kelangsungan Islam dalam zaman moden adalah berpunca daripada kebangkitan idea-idea sekular Barat lebih daripada konservatisma Al-Azhar dan ulama’ (yang dikritik beliau).

Beliau juga berasa kecewa dengan apa yang dilihatnya sebagai suatu kegagalan ulama’ Islam Universiti al-Azhar dalam menyuarakan penentangan mereka terhadap kebangkitan golongan yang tidak percaya kepada kewujudan Tuhan (atheisma) dan pengaruh mubaligh-mubaligh Kristian.

Dalam tahun terakhir di Darul ‘Ulum, beliau menulis bahawa beliau telah membuat keputusan untuk mendedikasikan dirinya sebagai “seorang kaunselor dan seorang guru” kepada orang dewasa dan kanak-kanak, dalam usaha untuk mengajar mereka tentang “objektif agama dan sumber-sumber kebahagiaan dan kesejahteraan dalam kehidupan”. Beliau menamatkan pengajiannya dalam tahun 1972 dan diberi jawatan sebagai guru bahasa Arab di sebuah sekolah rendah di Isma’iliyya, sebuah pekan luar bandar yang terletak di Zon Terusan Suez.

Usaha untuk mengembangkan risalah inilah yang membuatkan Hassan al-Banna melancarkan Ikhwan Muslimin pada tahun 1928. Pada awalnya, pertubuhan ini adalah salah satu daripada beberapa persatuan Islam kecil yang wujud pada ketika itu. Sama seperti yang telah disertai oleh Hassan al-Banna sendiri pada usia 12 tahun, persatuan-persatuan ini bertujuan untuk memupuk kealiman/kewarakan peribadi dan terlibat dalam aktiviti-aktiviti kebajikan. Lewat tahun 30an, Ikhwan Muslimin telah menubuhkan cawangan-cawangan di setiap wilayah Mesir. Sedekad kemudian, ia telah mempunyai 500,000 ahli yang aktif dan ramai penyokong di Mesir, sementara itu, tarikannya kini dapat dirasai di beberapa buah negara. Perkembangan Ikhwan Muslimin diumumkan selepas Hassan al-Banna memindahkan ibu pejabatnya ke Kairo pada tahun 1932. Faktor tunggal paling utama yang menyebabkan perkembangan dramatik ini berlaku adalah kepimpinan tanzim (pertubuhan) dan ideologi yang ditunjukkan oleh Hassan al-Banna.

Di Isma’iliya, di samping kelas pada waktu siangnya, beliau menyempurnakan niatnya untuk memberikan kelas pengajian malam kepada ibu bapa kepada para pelajarnya. Beliau juga berceramah di masjid, malah di kedai-kedai kopi, yang pada ketika itu usaha beliau ini dianggap sebagai suatu yang baru dan dipandang sebagai suatu kepercayaan moral. Pada permulaannya, beberapa pandangan beliau tentang perkara-perkata furu’ dalam Islam telah membawa kepada bantahan daripada golongan elit agama tempatan, dan beliau mengambil pendekatan/polisi mengelakkan sebarang kontroversi agama.

Beliau amat terkejut dengan begitu banyaknya kesan-kesan ketenteraan asing dan dominasi ekonomi yang jelas di Isma’iliyya: kem tentera British, kemudahan awam dimiliki oleh kepentingan-kepentingan asing, dan kediaman-kediaman mewah pekerja-pekerja asing dari Syarikat Terusan Suez, bersebelahan dengan tempat tinggal pekerja-pekerja Mesir yang begitu kotor dan menjelekkan.

Hassan al-Banna dikenali sebagai seorang yang memberikan impak yang besar di dalam pemikiran moden Islam. Beliau berjaya memperkenalkan semula Islam sebagai suatu sistem kehidupan yang syumul, menyediakan contoh yang praktikal dalam pertubuhan Ikhwannya.

Beliau berusaha untuk membawa perubahan yang diharapkan dalam pembangunan institusi, aktivisma berterusan di peringkat akar umbi, dan keyakinan terhadap kominikasi massa. Beliau meneruskan pembinaan sebuah pergerakan massa yang kompleks yang bercirikan struktur kekuasaan yang canggih; seksyen-seksyen yang bertanggungjawab dalam memajukan nilai-nilai masyarakat di kalangan para petani, pekerja-pekerja dan para profesional; unit-unit yang diamanahkan dengan fungsi-fungsi utama, termasuklah mempropagandakan risalah, mengadakan hubungan dengan dunia Islam, dan kewartawanan dan penterjemahan; dan jawatankuasa khas untuk hal-hal kewangan dan hal-hal perundangan.

Dalam usaha untuk menerajui pertubuhan ini ke dalam masyarakat Mesir, Hassan al-Banna dengan mahirnya yakin kepada rangkaian sosial sedia ada, terutamanya yang dibina di sekitar masjid-masjid, pertubuhan-pertubuhan kebajikan Islam dan kumpulan-kumpulan yang berdekatan. Kesatuan hubungan tradisional ke dalam struktur moden yang berbeza dan istimewa ini adalah asas kepada kejayaan beliau. Terikat secara terus dengan pertubuhan Ikhwan ini dan yang menyemai kepada perkembangannya adalah pelbagai bidang perniagaan, klinik dan sekolah. Tambahan pula, ahli-ahli disatukan dalam pergerakan melalui sebuah siri sel-sel, yang jelas diketahui umum sebagai usar (keluarga; kata tunggal: usrah). Sokongan material, sosial dan psikologi yang disediakannya mempengaruhi kemampuan pergerakan ini dalam menjanakan kesetiaan yang tidak berbelah bagi di kalangan ahlinya dan dalam usaha untuk merekrut ahli-ahli baru. Struktur perkhidmatan dan organisasi di sekitaran di mana pertubuhan ini dibina adalah bertujuan untuk membolehkan inidividu-individu menyatupadukan semula ke dalam ruang lingkup Islam yang jelas, dibentuk oleh prinsip-prinsip pertubuhan ini sendiri.

Berakar umbikan Islam, dakwah Hassan al-Banna menangani isu-isu termasuk kolonisma, kesihatan awam, polisi pendidikan, pengurusan sumber-sumber semulajadi, Maksisma, ketidakadilan sosial, nasionalisma Arab, kelemahan dunia Islam dalam senario antarabangsa, dan konflik yang memuncak di Palestin. Dengan menekankan kebimbangan yang dituntutnya ke atas pelbagai lapisan masyarakat, Hassan al-Banna berupaya merekrut daripada masyarakat Mesir – walaupun dari kalangan penjawat awam berpendidikan moden, pekerja-pekerja pejabat, dan profesional yang terus mendominasikan golongan aktivis dan pembuat keputusan bagi pertubuhan ini.

Pada ketika pertubuhan ini berkembang sekitar tahun 1930an, ia dengan pantas berubah daripada sebuah pergerakan yang berbentuk kerohanian dan reformasi moral kepada sebuah organisasi yang aktif secara langsung dalam senario politik Mesir. Serentak dengan transformasi ini, kecenderungan radikal diserapkan dengan sendirinya ke dalam organisasi ini. “Senjata rahsia” (al-jihad al-sirri) dibentuk, yang menjadi jentera kepada siri pembunuhan musuh-musuh Ikhwan.

Di antara tahun 1948 dan 1949, tidak lama selepas Ikhwan menghantar sukarelawannya untuk berjuang di dalam peperangan di Palestin, konflik di antara kekuasaan monarki dan pergerakan ini sampai ke kemuncaknya. Bimbang dengan kekuatan dan populariti Ikhwan, di samping khabar angin yang mengatakan pergerakan ini akan menggulingkan kerajaan, Perdana Menteri Nuqrashi Pasha mengharamkannya pada Disember 1948. Segala harta organisasi ini dirampas dan ramai ahlinya dipenjarakan. Kurang daripada tiga minggu kemudian, perdana menteri tersebut telah dibunuh oleh seorang ahli Ikhwan. Ini sebaliknya disusuli dengan pembunuhan Hassan al-Banna, yang dianggap dilakukan oleh seorang agen kerajaan, pada bulan Februari 1949, pada ketika usianya hanya 43 tahun dan di tahap kemuncak perjuangannya.

Beliau adalah datuk kepada Tariq Ramadhan dan abang kepada Gamal al-Banna.

Terjemahan Oleh : Saujana Hati

Read Users' Comments (0)

Wanita Di Pentas Dunia

Saya rasa tertarik untuk mengetengahkan tajuk penglibatan wanita dalam bidang politik. Daripada pembacaan saya, boleh dikatakan seluruh dunia hampir dikuasai oleh kaum hawa. Di Malaysia, penglibatan wanita dalam bidang politik merupakan satu perkara yang biasa. Contohnya seperti, Dato’ Azalina Othman, Senator Dato’ Dr. Mashitah, Dato’ Seri Rafidah Aziz, Dato’ Seri Shahrizat dan Dr.Wan Azizah.



Jika kita lihat pada masa kini, Cristina Fernandez de Kirchner adalah calon wanita yang membarisi senarai pemimpin wanita dunia yang menerajui negara masing-masing. Fernandez menjadi pemimpin wanita pertama dan terbaru di Argentina selepas meraih kira-kira 45 peratus undi dalam pilihan raya negara Amerika Latin itu pada Oktober 2007.




Pada pertengahan 2007, calon presiden wanita dari Perancis, Segolene Royala, hampir menewaskan Presiden Perancis sekarang, Nicolas Sarkozy, dalam pilihan raya negara itu, di Jerman, negara kuasa ekonomi utama dalam Kesatuan Eropah (EU),Angela Markel pula sudah menempah kedudukan sebagai Canselor wanita pertama negara itu pada November 2005. Markel menjadi wanita pertama mengepalai Jerman sejak negara itu menjadi negara bangsa moden pada 1871 dan pemimpin termuda Jerman sejak Perang Dunia Kedua.






Penghujung 2007, Hillary Rodham Clinton pula diuar-uarkan bakal menggegarkan kerusi presiden negara nombor satu dunia itu. Hillary, isteri bekas presiden Amerika, Bill Clington dikatakan menjadi calon keagamaan dalam kalangan puak Demokrat selain Barack Obama. Namun benarkah negara Uncle Sam itu akan membiarkan seorang wanita menjad pemimpin nombor satu dunia?? Sekiranya benar, bagaiman seorang wanita kulit putih akan mencorakkan dasar luar negara Amerika Syarikat yang terkenal sebagai ’sherif dunia’ dan memag pro-israel dalam keadaan apa sekalipun. Sama-samalah kita saksikan nanti.





Di rantau Asia Tenggara Presiden Filipina Gloria Macapagal terus memegang tampuk pemerintahan sejak 2001 sehingga kini. Arroyo terus bertahan meskipun beberapa kali menghadapi ancaman digulingkan kuasa yang didalangi tentera serta dakwaan penyelewengan pilihan raya terhadap beliau di samping kes rasuah dikaitkan dengan suami dan ahli keluarganya yang lain.



Dalam senario negara umat Islam, fenomena ini tidak terkecuali. Paling mutakhir ini di Pakistan. Kepulangan bekas Perdana Menteri negara itu, Benazir Bhutto dari buangan selama lapan tahun, memberi harapan baru kepada penyokongnya dari Parti Progresif Pakistan (PPP). Malangnya, kepulangan Benazir yang bermazhab Syi’ah itu, menjelang Hari Raya Aidilfitri 207, tidak disambut dengan bunga api kegembiraan tetapi dengan letupan bom. Kejadian itu bukan sahaja merumitkan krisis politik Pakistan yang semakin tidak keruan akibat ketegaran Presiden Jeneral Pervez Musharraf untuk terus berhelah memegang kuasa, malah mencetuskan tragedi keganasan yang mengorbankan ratusan nyawa dan antara yang terburuk dalam sejarah negara itu.


Pada 2001, jiran kita, Indonesia, negara yang paling ramai umat Islam di sunia, telah memilih seorang wanita menjadi presiden, Megawati Sukarnoputri. Anak bekas Bapa Kemerdekaan Indonesia itu, bagaimanapun hanya mampu bertahan selama kira-kira tiga tahun sahaja. Beliau tewas kepada Susilo Bambang Yudhoyono dalam pilihan raya presiden 2004 selepas dilantik menggantikan presiden sebelumnya, Abdurrahman Wahid yang sarat dengan kontroversi.

Pada pendapat saya, penglibatan wanita dalam bidang politik ini sudah menjadi trend semasa dalam arus perdana politik dunia. Adakah pemimpin wanita akan menjadikan sesebuah negara itu bertambah baik, setaraf dengan lelaki atau lebih buruk? Benarkah fenomena ini juga menggambarkan golongan wanita yang berpendidikan kini menjadi kelompok majoriti yang mengatasi kaum lelaki. Apa sebenarnya yang terjadi dengan dunia kita?? Di sudut lain pula, apabila semakin ramai wanita dinobatkan sebagai pemimpin sesebuah negara, adakah ia sebagai tanda kiamat? Ayuh bersama kita renungkan.

Di manakah kaum lelaki? Mengapakah kaum lelaki kurang mendapat perhatian di pentas politik? Bagi sesiapa yang mempunyai pendapat mengenai tajuk ini, sila kemukakan. Ayuh bersama kita tegakkan dunia Islam!!Wallahua’alam...
(Sumber: Majalah Haluan dan Majalah VISI )

Read Users' Comments (0)

Kata-kata Hikmah


Di Mana Ada Kemahuan Di Situ Ada "A" One

Kecemerlangan, Kesederhanaan atau Kegagalan Adalah Pilihan Saya

Hidup Adalah Projek " Buat-sendiri " Life Is A " Do-It-Yourself " Project

Saya Bertanggungjawab Sepenuhnya Ke Atas Kejayaan Diri Sendiri

Kecermerlangan Dicipta Oleh Insan Biasa Yang Berusaha Secara Luar Biasa

Murid Rajin, Mencari Jalan, Murid Malas, Memberi Alasan.

Saya Tidak Kalah Apabila Berada Di Bawah. Saya Kalah sekiranya Tidak Bangkit Sermula

Untuk Mencungkil Diri Sendiri, Saya Perlu Paksakan Diri, Bukan Manjakan Diri

Hasil Diperoleh Adalah setimpal dengan Usaha yang dicurahkan

Apabila Menghadapi Kesulitan Dalam Membuat Kerja-Kerja Penting, Saya
Berpergang Pada Satu Prinsip : JANGAN MEYERAH KALAH !

Untuk keadaan Berubah, Saya Mesti Berubah Terlebih Dahulu.

Jangan berada Ditahap Yang Sama Sampai Bila-Bila, PERBAIKI DIRI SENDIRI

Untuk Berjaya, Saya Bukan Saja Perlu Tahu Apa Yang Saya Mahu, Saya Juga Mestilah Benar-Benar Mahu Apa Yang Saya Mahu

KEBODOHAN ialah Kerja Yang Sama berulang-ulang kali tetapi Mengharapkan Hasil Yang Berbeza

Aktiviti, Tenaga dan Fikiran perlu difokuskan kepada "Matlamat Yang Ingin Dicapai"

Saya Sentiasa Belajar Daripad Kesilapan Yang Telah Saya Lakukan

SIKAP POSITIF: Tindakan Yang Akan Diambil Akan Membuahkan Hasil Yang Diingini

Anda Adalah Apa Yang Anda Fikirkan. You Are What You Think You Are

RAHSIA KEJAYAAN: Usaha, Usaha dan Terus Berusaha

Zaman Persekolahan Saya Cuma Sekali Sahaja. Saya Perlu Memanfaatkan
Peluang Tersebut Sepenuhnya Bagi Menjamin Masa Depan Saya.

Sesuatu Yang Hebat dan Agung Tidak Akan Diperolehi Melainkan Dengan Semangat Dan Azam Yang Membara

DISIPLIN akan memberi saya jalan betul

DISIPLIN ialah memberi tumpuan sepenuhnya atas sesuatu tugas sehingga ia
selesai dengan sempurna

To Be The Best I Must Be " Crazy " " CRAZY TO BE THE BEST "

To Get The Best, I Give My Very Best

Where There Is a Will, There Is An "A"

ATTITUDE is the key to More Brain Power

The Secret Of Success is Just Two Words: TRY HARDER

I'M A WINNER : A Winner Never Quits, A Quitter Never Wins

Give Everything You Have , To Everything You Do!

We Never Realise Our Greatest Potential Until We Perform At Our Very Best

Read Users' Comments (2)

Seri Seorang Wanita


Gadis paling cantik

Jalan menuju kecantikan

Bunga atau mutiara?

Tajuk yang indah ini menarik perhatian saya ketika saya membaca satu soalan yang ditujukan kepada para gadis: “Adakah anda bunga atau mutiara?” Bunga cantik, begitu juga dengan permata. Mana satukah yang anda pilih? Ya, bunga baunya wangi, warnanya cantik, menggoda dan menarik, manakala permata tinggi harganya dan cantik juga.

Tetapi, bunga umurnya pendek. Cepat layu jika dipanah terik matahari atau diganggu oleh tangan manusia atau binatang. Mungkin ada orang memetiknya, lalu ia akan layu dengan cepat. Umur bunga sangat pendek.

Sedangkan permata akan kekal kelihatan cantik selama-lamanya jika ia terus berada di dalam cenkerangnya. Ia tidak bersinar melainkan kepada yang berhak dan layak.

Kedua-duanya cantik tetapi kecantikan mutiara berkekalan sementara kecantikan bunga hanya sementara. Demikian juga dengan para gadis. Gadis yang tidak menutup aurat cantik tetapi ia sama seperti bunga. Manakala gadis yang menutup aurat dengan sempurna adalah mutiara yang amat cantik. Pasti terdapat perbezaan antara kedua-duanya.

Oleh itu wahai saudariku! Wahai orang-orang yang merindui syurga dan merindui para pemuda di dalamnya yang kekal abadi serta kenikmatan yang berpanjangan! Ketahuilah syurga Allah mahal harganya! Ketahuilah syurga Allah mahal harganya!

Setiap gadis yang beriman bahawa Allah sebagai tuhannya, Muhammad saw sebagai nabinya dan Islam sebagai agamanya hendaklah memerhatikan firman Allah swt (surah Ali ‘Imran ayat 102):

يَاأَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاَ تَمُوتُنَّ إِلاَّ وَأَنْتُمْ مُسْلِمُونَ

Maksudnnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa, dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.”

Kembalilah!

Islam bererti menyerah, menerima serta tunduk kepada segala perintah Allah dengan penuh kerelaan dan reda.

Apakah yang Allah swt perintahkan kepada anda wahai muslimah?! Dia memerintahkan anda supaya menutup aurat. FirmanNya (surah al-Nur ayat 31):

وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَى جُيُوبِهِنَّ

Maksudnya: “...dan hendaklah mereka menutup belahan leher baju dengan tudung kepala mereka...”

FirmanNya lagi (surah al-Ahzab ayat 36):

وَمَا كَانَ لِمُؤْمِنٍ وَلاَ مُؤْمِنَةٍ إِذَا قَضَى اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَمْرًا أَنْ يَكُونَ لَهُمُ الْخِيَرَةُ مِنْ أَمْرِهِمْ

Maksudnya: “Dan tidaklah harus bagi orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, apabila Allah dan RasulNya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara, (tidaklah harus mereka) mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka.”

Jika benar anda muslimah, ini bererti anda menyerah, menerima dan tunduk kepada perintah Allah. Jika anda menyerah, menerima dan tunduk kepada perintah Allah, kenapa anda tidak menutup aurat anda?

Aku memohon bantuanMu, wahai Tuhan!

Daripada sekeping hati yang cintakan kebaikan bagi anda dan bercita-cita agar anda mengecapi kemanisan iman... daripada sekeping hati yang bimbang anda akan berjauhan daripada Allah... yang bimbang hati anda menjadi gelap... yang bimbang keburukan-keburukan yang akan mencacatkan lembaran amalan anda hasil daripada pandangan nakal para pemuda dan pemudi yang menjadikan anda sebagai ikutan kerana tidak menutup aurat, meskipun hati anda dipenuhi dengan segala kebaikan... meskipun segala kebaikan yang anda lakukan, daripada kepingan hatiku ini, saya mengharapkan kebaikan untuk anda. Kuatkan semangat dan bermulalah dari sekarang! Ucapkanlah “aku memohon bantuanMu, wahai Tuhanku! Bantulah daku menghadapi diriku sendiri dan godaan-godaan dunia... Aku bertawakkal kepadaMu, wahai Tuhanku. Engkaulah segala-galanya bagiku... Tiada Tuhan bagiku selainMu. Maka perelokkanlah seluruh hal ehwalku.”

Renungan

Sekarang saya tujukan perkataan ini pula kepada setiap wanita yang telah memakai tudung. Ia adalah seruan agar setiap wanita yang telah memakai tudung agar mereka berdiri di hadapan cermin dan bertanya kepada dirinya sendiri: “Adakah tudung saya ini bersesuaian dengan kehendak Allah? Adakah akhlak saya bertepatan dengan kehendak Allah.” Sesetengah wanita yang telah memakai tudung menyangka dengan meletakkan secebis kain di atas kepalanya itulah segala-galanya, sedangkan dia memakai pakaian yang sempit dan jarang serta tidak menjaga akhlak dan adab Islam. Pernah terjadi seorang ibu mengadu kepada saya melalui panggilan telefon tentang seorang anak perempuannya yang memakai tudung, tetapi menanggalkannya ketika berada di tepi pantai, tidak sembahyang dan tidak melayan ibunya sebagaimana selayaknya sebagai seorang ibu.

Maka ketahuilah wahai wanita yang telah memakai tudung bahawa tudung anda bukanlah segala-galanya. Jika benar anda memakainya kerana mahu mendapat keredaan dan kecintaan Allah serta kerana mentaatiNya semata-mata, maka sekali lagi ketahuilah bahawa tudung adalah pakaian Islam yang mempunyai beberapa syarat. Tudung juga adalah akhlak dan adab serta membantu anda untuk melakukan ibadat-ibadat yang lain.

Katakan tidak!

Saya menyeru kepada anda wahai muslimah untuk berkata tidak kepada:

Pakaian yang sempit dan jarang.
Pakaian yang mendedah aurat di tepi pantai, di majlis-majlis keramaian dan di mana-mana sahaja.
Wangi-wangian dan solekan.
Seluar sendat yang menyakitkan mata dan hati setiap orang yang cemburukan agamanya kerana melihat para gadis memakainya dengan begitu bersahaja tanpa menyedari kesannya terhadap para pemuda.

Saya menyeru anda wahai muslimah untuk memerhatikan diri anda di dalam cermin sebelum anda keluar rumah. Perhatikan dari depan dan belakang... Adakah pakaian anda bertepatan dengan kehendak Allah?

Bagaimana sepatutnya pakaian anda?

Hendaklah menutup seluruh badan kecuali muka dan tangan.
Tidak jarang. Sabda Rasulullah saw yang bermaksud: “Akan ada di kalangan umatku nanti wanita yang berpakaian tetapi bertelanjang. Kepala mereka seperti bonggol-bonggol unta. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan memperoleh baunya.”
Tidak sempit. Sabda Rasulullah saw yang bermaksud: “Malu dan iman adalah beriringan.”
Tidak disapu dengan bau-bauan.
Pakaian itu sendiri bukan perhiasan. Firman Allah swt (surah al-Nur ayat 31) yang bermaksud: “... dan janganlah mereka (wanita-wanita yang beriman) memperlihatkan perhiasan mereka...”

Anda di dalam syurga

Wahai muslimah! Wahai mukminah! Sabda Rasulullah saw yang bermaksud: “Sesiapa yang meninggalkan sesuatu kerana Allah, nescaya Allah akan menggantikannya dengan yang lebih baik.” Wahai wanita yang tidak memperlihatkan perhiasannya kerana Allah sedang dia difitrahkan suka kepada perhiasan, dengarlah sabda Rasulullah saw berkenaan sifat wanita-wanita dunia di dalam syurga kelak. Sabda baginda saw yang bermaksud: “Dengan sembahyang, puasa dan ibadat mereka kepada Allah swt, Allah menghamparkan cahaya di atas muka mereka dan memakaikan sutera berwarna putih, pakaian berwarna hijau dan perhiasan berwarna kuning di atas badan mereka. Dapur mereka adalah mutiara dan sikat mereka adalah emas. Mereka berkata: “Kami kekal abadi dan tidak akan mati. Kami penuh kelembutan, sama sekali tidak menyusahkan. Kami akan terus muda, tidak tua selama-lamanya. Ketahuilah bahawa kami sentiasa reda, tidak marah sama sekali. Bergembiralah bagi sesiapa yang memiliki kami dan kami memiliki mereka.” (Riwayat al-Tirmizi)

Read Users' Comments (1)comments